Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Thursday, February 25, 2010

Permohonan Persetujuan dan Kerjasama Untuk Perancangan Pondok Kawalan 24 jam

Ahli-Ahli Jawatankuasa KOJIRA ingin membuat kajian selidik mengenai kesefahaman persetujuan dan kerjasama dalam merancang menyediakan PONDOK KAWALAN 24 jam dengan Pengawal Keselamatan yang disediakan oleh pehak pembekal(akan ditentukan kemudian)


Ini melibatkan sektor seperti dibawah:

a) D’ Puncak Unggul – 56 unit
b) D’ Puncak Nusa – 144 unit
c) D’ Puncak Putra – 146 unit
d) D’ Puncak Aman/Castania – 124 unit
e) Princeton - 62 unit

Untuk makluman, KOJIRA memerlukan minimum sebanyak 432* unit rumah untuk memenuhi piawaian MPKj dalam perlaksanaan Kawalan Keselamatan.(* Tertakluk terma dan syarat)

Kadar bayaran bulanan yang di anggarkan seperti berikut:

i) Bayaran Bulanan beranggaran sebanyak RM 50.00/rumah
ii) Jumlah Pengawal sebanyak 16 orang selama 24 jam.

Dibawah ini disertakan surat maklumbalas yang perlu ditandatangani dan perlu serahkan kepada En Afzan (No. 31 Jalan 2/4D) atau melalui email kepada ahmadroslan@ymail.com dan/atau mprazali@gmail.com sebelum 30hb. April 2010@Selasa.

Kertas kerja kawalan keselamatan KOJIRA boleh dimuat-turun di sini

Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Yang Benar

Pengerusi KOJIRA
Selanjutnya..

Wednesday, January 27, 2010

Jemputan ke KEM SQ-MAC

Quote daripada email yang diterima:

Assalamualaikum..

Salam hormat kepada pimpinan komuniti D'Punchak NusaPutra yang dirahmati Allah..

Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya, Nur Firdaus bin Abdul Razak dari Ikhwah Training Management (001768760-X)
dengan sukacitanya memaklumkan kepada warga NusaPutra, bahawa konsultan saya akan menganjurkan Kem SQ-Mac
di Masjid Wilayah Persekutuan, pada 5 hingga 7 Febuari 2010, iaitu weekend minggu hadapan..


Program ini adalah kem ibadah yang berorientasikan pemantapan solat secara praktikal untuk anak-anak berumur 10-12 tahun.

Ia turut menerapkan kesempurnaan taharah serta khusyuk dalam solat. Oleh itu, saya menjemput seluruh warga NusaPutra yang berminat untuk ke program tersebut, dan saya amat berbesar hati kiranya makluman ini dapat disebarkan ke seluruh komuniti warga NusaPutra dan sekitarnya.

Segala maklumat berkaitan program ini terdapat di blog saya, iaitu : http://ikhwahtraining.wordpress.com/

InsyaAllah saya sedia bekerjasama, menyumbangkan tenaga, idea dan wang ringgit untuk melebarkan sayap dakwah dan syiar Islam.

Bersama dengan ini, sy sertakan salinan poster dan pamplet untuk rujukan pihak tuan..

Dengan penuh rasa rendah diri, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan..

Syukran jazilan, jazakumullahu khairu jazak..


NUR FIRDAUS ABDUL RAZAK
Pengarah
Ikhwah Training Management

Tel : 019-3866044
Emel : ikhwah_tm@yahoo.com
nurfirdausukm@hotmail.com
Blog : http://ikhwahtraining.wordpress.com

Selanjutnya..