Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Friday, March 27, 2009

Gotong Royong Perdana BSP 21 Jun 2009

Petikan daripada email:

Assalamualaikum,

Dato'/Tuan/Puan,

Satu tarikh telah disyorkan untuk Gotong-royong Bandar Seri Putra.
Tarikh tersebut ialah pada tanggal 21hb Jun 2009 ini.
Masa cadangan adalah dari pukul 9 - 11.30 pagi hari tersebut.


Berikutan dengan itu, penglibatan keseluruh skim-skim di dalam gabungan Bandar Seri Putra diwajibkan. Pengerusi-pengerusi atau wakil-wakil diperlukan untuk memperincikan program ini. Mereka-mereka ini akan menjadi anggota AJK kerja untuk merangka dan menjayakan program ini. Nama-nama cadangan diperlukan, dan perlu di beri kepada saya secepat mungkin.

Perjumpaan pertama di cadangkan pada pagi Ahad jam 9pg 22 Mar 2009.

Perkara-perkara yang perlu dibincangkan bila perjumpaan kelak ialah :

a. Ahli jawatankuasa Gotong-royong Perdana
b. Matlamat gotong royong
c. Tempat dan masa gotong-royong
d. Acara atau aktiviti gotong-royong
e. Jumlah peserta
f. Pihak penaja
g. Penglibatan badan-badan bertanggungjawab.
h. Makan/Minum
j. Logistik
k. Kritikal target area.
l. Peralatan/Plastik sampah/dan lain-lain
m. Pecahan kawasan
n. Lain-lain.

Dato'/Tuan/Puan,

Marilah kita bersama-sama menjayakan program ini, sebagai satu perintis kepada kesepakatan kita untuk Bandar Seri Putra yang kita sayangi ini.

Yang benar,

Mohd Najib Md Shariff
Bandar Seri Putra

4 comments:

Afzan said...

Untuk makluman semua, gotong-royong perdana BSP diubah kepada 21hb Jun 2009.

Afzan said...

perasmian akan dibuat didataran BSP (berhadapan apartment vista) dan setiap skim perlu menghantar sekurang2nya 10 org...setelah perasmian selesai setiap skim akan memulakan program disetiap skim dan setiap skim perlu ada wakil utk gotong-royong dikawasan kedai. Makanan dan minumam perlu disediakan oleh skim masing..

Jabbar said...

Tuan/Puan,

Satu program untuk mengadakan gotong royong di kawasan-kawasan di dalam Bandar Seri Putra anjuran Persatuan Penduduk BSP akan diadakan tidak lama lagi dengan objektif untuk:

1. Merapatkan silaturrahim diantara penduduk-penduduk Bandar Seri Putra.
2. Memberi peluang kepada penduduk-penduduk bekerjasama dengan lebih optimum.
3. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan-kawasan di Bandar Seri Putra agar lebih selesa dan selamat untuk semua.

Kumpulan Sasaran adalah semua penduduk yang tinggal di skim-skim perumahan di BSP, pelajar-pelajar dari KUIS dan Empire College, peniaga-peniaga di kawasan Bandar Seri Putra, dan agensi-agensi yang berkaitan.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Program : Gotong-Royong Perdana Bandar Seri Putra 2009
Tarikh : 21 Jun 2009 (Hari Ahad)
Masa : 7:00 - 11:00 pagi
Tempat Perasmian :
Berhadapan Sales Gallery Bangi Heights (Lokasi Pasar Malam)

Aturcara Tentatif

7.00 am - Berkumpul di Tempat Perasmian
- Pendaftaran dan Senam Robik
8.00 am - Bacaan Doa
8.05 am - Ucapan Pengerusi Gotong-royong
8.10 am - Perasmian
8.20 am - Sarapan
8.30 am - Taklimat kerja
8.40 am - Pecah 2 kumpulan – Kedai Pusat 1 (persekitaran kedai 3-tingkat)
– Kedai Pusat 2 (persekitaran kedai setingkat )
10.30 am - Habis kerja, makan dan minuman di dua tempat.
11.00 am - Majlis selesai.

Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan penduduk Bandar Seri Putra bagi tahun 2009 dan adalah diharapkan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari para penduduk, peniaga dan agensi-agensi berkaitan.

Makluman dari Jawatankuasa Gotong-Royong Perdana BSP 2009

Afzan said...

Saya cadangkan dan berharap gotong-royong ini dapat juga diadakan dikawasan skim kita.....dapatlah mengeratkan lagi hubungan diantara kita..insyaallah saya akan usahakan supaya kita boleh adakan tempat berkumpul pada pagi tersebut...jamuan boleh disumbangkan bersama...