Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Friday, March 27, 2009

Gotong Royong Perdana BSP 21 Jun 2009

Petikan daripada email:

Assalamualaikum,

Dato'/Tuan/Puan,

Satu tarikh telah disyorkan untuk Gotong-royong Bandar Seri Putra.
Tarikh tersebut ialah pada tanggal 21hb Jun 2009 ini.
Masa cadangan adalah dari pukul 9 - 11.30 pagi hari tersebut.


Berikutan dengan itu, penglibatan keseluruh skim-skim di dalam gabungan Bandar Seri Putra diwajibkan. Pengerusi-pengerusi atau wakil-wakil diperlukan untuk memperincikan program ini. Mereka-mereka ini akan menjadi anggota AJK kerja untuk merangka dan menjayakan program ini. Nama-nama cadangan diperlukan, dan perlu di beri kepada saya secepat mungkin.

Perjumpaan pertama di cadangkan pada pagi Ahad jam 9pg 22 Mar 2009.

Perkara-perkara yang perlu dibincangkan bila perjumpaan kelak ialah :

a. Ahli jawatankuasa Gotong-royong Perdana
b. Matlamat gotong royong
c. Tempat dan masa gotong-royong
d. Acara atau aktiviti gotong-royong
e. Jumlah peserta
f. Pihak penaja
g. Penglibatan badan-badan bertanggungjawab.
h. Makan/Minum
j. Logistik
k. Kritikal target area.
l. Peralatan/Plastik sampah/dan lain-lain
m. Pecahan kawasan
n. Lain-lain.

Dato'/Tuan/Puan,

Marilah kita bersama-sama menjayakan program ini, sebagai satu perintis kepada kesepakatan kita untuk Bandar Seri Putra yang kita sayangi ini.

Yang benar,

Mohd Najib Md Shariff
Bandar Seri Putra

Selanjutnya..

Wednesday, March 18, 2009

Insentif Kerajaan Negeri Selangor

Untuk makluman semua.

Selanjutnya..

Tuesday, March 10, 2009

Pendaftaran Sekolah Rendah Pada 16 Mac - 16 April

Salam.

Sekadar untuk berkongsi maklumat.



Sumber daripada putra-mahkota.com

Selanjutnya..