Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Monday, February 2, 2009

Derma Diperlukan Bagi Pembinaan Surau

Sumbangan derma adalah diperlukan bagi pembinaan surau Syaidina Umar Al-Khattab.

Lokasi surau adalah seperti dalam artikel ini

Jumlah sasaran derma yang diperlukan adalah RM550,000.00.





Untuk makluman, pihak AJK sedang dalam proses memohon pengecualian cukai pendapatan individu dan syarikat daripada pihak LHDN.

Kerjasama semua penduduk adalah diminta agar sasaran kutipan derma tercapai. Semoga niat yang murni dan ikhlas semua penduduk diberkati oleh Allah SWT. Amin.

4 comments:

Afzan said...

Utk makluman semua, surau kita yang bakal dibina adalah ditapak bersebelahan padang permainan. Dengan adanya surau ini dapatlah kita menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan khususnya bagi penduduk phasa 7 yang dianggarkan lebih dari 500 keluarga akan mendapat manafaatnya.
Oleh itu sama-samalah kita menjayakan pembinaan surau kita....

Fuad said...

Setuju. Jangan lepaskan peluang beramal jariah untuk dunia dan akhirat.

Spidey said...

Insya Allah...semoga usaha ini diberkati dan dapat kita manfaatkan bersama

MatJan said...

sorry nak mencelah...rasanya pembinaan surau d puncak nusa tidak berapa sesuai memandangkan berdekatan dgn masjid BSP...
Lagipun aktiviti membina masjid telah pun bermula dan lebih elok kita ramai-ramai pakat imarahkan mesjid tu nanti apabila siap....
kena sabarrrr.....yg penting usaha awal utk membina masjid BSP telah pun dilakukan.......