Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Sunday, October 11, 2009

Majlis Pecah Tanah Tapak Surau oleh MB Selangor

Sabtu 10 Oktober 2009

Majlis pecah tanah tapak surau Syaidin Umar Al-Khattab telah dirasmikan oleh MB Selangor, YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang baru pulang dari USA terus ke majlis setibanya di KLIA.

Antara gambar yang sempat dimuat-naik:





















Terima kasih kepada pihak pengajur serta yang menjayakan majlis pecah tanah ini.
Selanjutnya..

Thursday, July 16, 2009

AMARAN!!!! KES DENGGI

Salam.

Dilaporkan kes demam denggi di Bandar Seri Putra adalah yang tertinggi dalam negara kita. Oleh yang demikian, semburan/kawalan denggi akan dilakukan seperti tarikh berikut:


1) Apartmen Vista Putra pada Jumaat 17 Julai, 2009, jam 5.00ptg.
2) Perumahan Jalan-jalan 2 pada Sabtu 18 Julai, 2009, jam 5 ptg.
3) Peumahanan Jalan-jalan 3 pada Ahad 19 Julai, 2009, jam 5 ptg.

Usaha ini dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Ulu Langat dan MPKj.

Semburan denggi adalah menggunakan medium air and minyak, di mana kabus air akan digunakan untuk semburan dalam rumah dan kabus minyak bagi semburan di luar rumah.

KERJASAMA YANG AMAT DIPERLUKAN UNTUK MEMASTIKAN SEMUA NYAMUK DENGGI DEWASA DAPAT DIHAPUSKAN DI KAWASAN PERUMAHAN KITA.

DIMINTA SEMUA PENGHUNI RUMAH UNTUK MEMBUKA RUMAH UNTUK DISEMBUR DENGAN KABUS AIR UNTUK MEMERANGKAP NYAMUK DENGGI.


Selanjutnya..

Wednesday, July 15, 2009

Saham Wakaf Selangor

Surat ini menjelaskan segalanya.


Sila klik untuk pembesaran:





Untuk maklumat lanjut berkenaan Saham Wakaf Selangor serta borang, sila klik
Selanjutnya..

Monday, June 29, 2009

Barang untuk dijual!!!!!

Salam...

Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk ada mencadangkan agar blog ini boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.

Sebagai permulaan, berikut adalah barangan yang hendak dijual oleh tuan pengerusi sendiri:


Printer HP D1300 - RM30.00


Spring ORI Wira - RM30.00


Speedometer Wira (km tak berfungsi, hanya jarum saja) - RM10.00

Untuk sebarang urusan, sila reply di sini atau hubungi terus tuan pengerusi.


Selanjutnya..

Wednesday, June 17, 2009

Jemputan Mendaftar Ahli KOJIRA

Semua dijemput untuk mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, KOJIRA.


Sila download di sini untuk maklumat lanjut serta borang keahlian. Sila hantar borang sebelum 1hb Julai 2009.

Selanjutnya..

Thursday, April 16, 2009

Bantuan Derma Darah Untuk Baby MARSYA QISTEENA

Klik untuk pembesaran:

Selanjutnya..

Friday, March 27, 2009

Gotong Royong Perdana BSP 21 Jun 2009

Petikan daripada email:

Assalamualaikum,

Dato'/Tuan/Puan,

Satu tarikh telah disyorkan untuk Gotong-royong Bandar Seri Putra.
Tarikh tersebut ialah pada tanggal 21hb Jun 2009 ini.
Masa cadangan adalah dari pukul 9 - 11.30 pagi hari tersebut.


Berikutan dengan itu, penglibatan keseluruh skim-skim di dalam gabungan Bandar Seri Putra diwajibkan. Pengerusi-pengerusi atau wakil-wakil diperlukan untuk memperincikan program ini. Mereka-mereka ini akan menjadi anggota AJK kerja untuk merangka dan menjayakan program ini. Nama-nama cadangan diperlukan, dan perlu di beri kepada saya secepat mungkin.

Perjumpaan pertama di cadangkan pada pagi Ahad jam 9pg 22 Mar 2009.

Perkara-perkara yang perlu dibincangkan bila perjumpaan kelak ialah :

a. Ahli jawatankuasa Gotong-royong Perdana
b. Matlamat gotong royong
c. Tempat dan masa gotong-royong
d. Acara atau aktiviti gotong-royong
e. Jumlah peserta
f. Pihak penaja
g. Penglibatan badan-badan bertanggungjawab.
h. Makan/Minum
j. Logistik
k. Kritikal target area.
l. Peralatan/Plastik sampah/dan lain-lain
m. Pecahan kawasan
n. Lain-lain.

Dato'/Tuan/Puan,

Marilah kita bersama-sama menjayakan program ini, sebagai satu perintis kepada kesepakatan kita untuk Bandar Seri Putra yang kita sayangi ini.

Yang benar,

Mohd Najib Md Shariff
Bandar Seri Putra

Selanjutnya..

Wednesday, March 18, 2009

Insentif Kerajaan Negeri Selangor

Untuk makluman semua.

Selanjutnya..

Tuesday, March 10, 2009

Pendaftaran Sekolah Rendah Pada 16 Mac - 16 April

Salam.

Sekadar untuk berkongsi maklumat.



Sumber daripada putra-mahkota.com

Selanjutnya..

Monday, February 2, 2009

Derma Diperlukan Bagi Pembinaan Surau

Sumbangan derma adalah diperlukan bagi pembinaan surau Syaidina Umar Al-Khattab.

Lokasi surau adalah seperti dalam artikel ini

Jumlah sasaran derma yang diperlukan adalah RM550,000.00.





Untuk makluman, pihak AJK sedang dalam proses memohon pengecualian cukai pendapatan individu dan syarikat daripada pihak LHDN.

Kerjasama semua penduduk adalah diminta agar sasaran kutipan derma tercapai. Semoga niat yang murni dan ikhlas semua penduduk diberkati oleh Allah SWT. Amin.
Selanjutnya..

Monday, January 19, 2009

Kempen Boikot Israel

Mari kita sama-sama bertindak memboikot produk keluaran negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.


Boikot merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh kita bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.

Kita semua perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa - kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.











Selanjutnya..