Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Thursday, December 4, 2008

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Untuk makluman semua, sebelum kawalan keselamatan diadakan, satu kaji selidik perlu diadakan.


Oleh yang demikian, borang akan diedarkan oleh AJK dalam masa terdekat. Borang perlu dikembalikan kepada alamat yang tertera dan pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Hanya borang yang ditandatangani akan diambil kira.

Borang juga boleh dimuat-turun di bahagian BORANG DALAM TALIAN.


Jika peratusan penduduk yang bersetuju untuk menyertai skim kawalan keselamatan adalah 70% dan ke atas, maka perkhidmatan kawalan keselamatan akan diadakan bermula pada bulan JANUARI 2009.

Sekian. Terima kasih.

Hebahan terkini - 26/6/2009

* Borang kaji selidik boleh didapati di bahagian Borang Dalam Talian:
* Penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan seperti rajah di bawah:





29 comments:

Afzan said...

Salam semua,

Mohon untuk mengembalikan keratan borang kaji selidik yang diedarkan oleh AJK/didownload dari web site seperti alamat dimaklumkan dlm surat makluman. Ini adalah penting bagi menentukan persetujuan penduduk untuk menjalankan kawalan keselamatan.

Saya faham ada yang dimaklumkan bersetuju untuk diadakan kawalan keselamatan tetapi tidak mengembalikan borang persetujuan di mana ia akan membantutkan peratus sokongan dalam bentuk hitam/putih penduduk yg menyokong. Memandangkan persatuan kita masih belum didaftarkan lagi, maka bukti sokongan ini amatlah penting disebabkan ia berkaitan kutipan duit penduduk.

Afzan said...

Salam semua,

setakat hari ini 15/12/2008, kurang 10 rumah drp 289 rumah yg reply persetujuan bagi mengadakan kawalan keselamatan.

Fuad said...

Salam.

Huih.. angka tu terlalu jauh.. angka 10 tu setelah dikira sekali dgn borang yang diterima oleh cikgu ke?

Maybe ramai penduduk yang berminat tapi nak hantar borang tu yang jadi masalah kot?

Afzan said...

Tapi t/tangan persetujuan tu amatlah penting supaya AJK perlaksanaan ada bukti apa yang AJK buat mendapat majoriti persetujuan penduduk.

Afzan said...

Setakat hari ini 19/12/2008..kurang drp 30 rumah yg mengembalikan borang persetujuan. Secara keseluruhan hanya ~10% bersetuju berdasarkan borang yg dikembalikan. Lagi 70% berkemungkinan a) bersetuju tapi tidak mengembalikan borang persetujuan b) tidak bersetuju c) tidak ambil tahu...(bagi pendapat saya)

Afzan said...

Mohon bantuan tuan/puan dapat membantu AJK kita mengutip borang kaji selidik ini khususnya jiran2 bersebelahan tuan/puan...segala bantuan yang diberikan ingin saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Jabbar said...

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=766.msg5188#msg5188

"Maklumat terkini dari pengerusi penduduk (Bukit Mahkota) Sek 2&3, telah berlaku satu rompakan bersenjatakan parang semalam di sek. 3, suspek 3 org berbangsa india, masa rompakan 9pm.

wahai warga BM,SP n IP, marilah sama-sama kita berusaha meningkatkan iman, amal dan taqwa kita pd. Allah swt, semoga rahmat dan bantuan Allah sentiasa bersama kita dan taman perumahan kita . InsyaAllah"

Afzan said...

Berita terbaru...Dukacitanya diberitahu bahawa satu kejadian ragut telah berlaku di dalam kawasan kita.
Kejadian ini berlaku dijalan Seri Putra 5/5 dihadapan rumah Ustaz Khairi kita.
Kejadian ini berlaku pada tengahari tadi.
Dua orang penunggang motorsikal telah meragut seorang surirumah.
Surirumah tersebut telah dipukul di dalam kejadian tersebut.
Barangan yang hilang rantai leher dan sebagainya.

diharapkan sama2lah kita berhati-hati....

Jabbar said...

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=635.msg5592#msg5592
Quote from: putra88 on December 26, 2008, 03:25:52 PM
aku ingatlah ramai yang tak ambil berat tentang pentingnya kawalan keselamatan ni sebab mereka tak brp sedar ttg kejadian-kejadian yang berlaku di persekitaran kita. agaknya masih ramai sedara-sedara kita yang berapa menggunakan internet, jadi semua hebahan mengenai kejadian jenayah yang dibuat melalui internet tidak diketahui oleh mrk dan mrk terus beranggapan mrk berada dalam zon selamat. segala kejadian yang dipaparkan dalam http://bandarseriputra.blogspot.com dan http://www.nusa-putra.com mungkin tak sampai ke pengetahuan mrk.
kepada AJK, teruskan usaha anda.......


Setuju.. namun begitu tak bleh juga nak biarkan news (good/bad) tidak diwar-warkan kerana bak kate orang putih "ignorance is bliss". Mungkin kita bleh bermula dengan membuat common noticeboard di lokasi strategik contohnya di jalan 2/4 dan jalan masuk utama (2/5G ke? yang dekat switchboard TM tuh).

Setidak-tidaknya warga NusaPutra yang joging pepagi/pepetang bleh gak le singgah tengok baca.. rasanya tak salah kalo kita gunakan sikit balance collection masa raya aritu utk tujuan murni sebegini.

Afzan said...

Pendapat Tn Jabbar saya setuju untuk mengadakan noticeboard...untuk apa2 saja info berkaitan penduduk kecuali iklan. Atau mungkin kita boleh tak sedikit ruangan iklan berbayar di noticeboard tersebut sebagai income duit persatuan.

Mungkin kita boleh lancarkan kutipan sumbangan penduduk D'Punchak Putra & Nusa utk mengadakan noticeboard ini....saya rasa kosnya mungkin dlm rm500.00 atau lebih memandangkan noticeboard tersebut mestilah kalis air, tahan panas, berkunci dan lutsinar....dengan adanya sumbangan ini kita adalah sedikit reserve duit utk hal2 security...

**Jabbar, boleh tolong aku dapatkan quotation tak? apa2 email kat aku afzan@tmrnd.com.my

putra88 said...

Berkenaan dgn pelaksanaan kawalan keselamatan ni, rasanya lebih baik kalau didaftarkan dulu 'Persatuan Penduduk D'Puncak NusaPutra' secara sah dgn ROS. Lepas tu boleh buat pendaftaran ahli dan kutip yuran tahunan/bulanan. Masa tu barulah kita dapat ukur tahap minat sedara-sedara kita samada nak berpersatuan atau tidak. Kalau ramai yang nak berpersatuan dan dah committed sebagai ahli persatuan, barulah ada rasa nak terlibat dgn aktiviti persatuan spt cadangan kawalan keselamatan/familiy gathering/gotong royong dll. Tapi kalau nak jadi ahli persatuan pun dah LIAT, macamana nak melibatkan diri dgn aktiviti/program yg dianjurkan oleh persatuan. Setakat ini semua penduduk D'Puncak NusaPutra belum lagi menjadi ahli persatuan yang sah, jadi, segerakan urusan mendapatkan kelulusan dari ROS. Sekadar memberi pandangan.....

Jabbar said...

Wokeh... mengenai quotation notice board tu akan hamba usahakan..

Afzan said...

Kes pecah rumah berlaku lagi...info dari pengerusi putra terrace

Assalamualaikumwrt dan salam sejahtera buat semua warga PT yang prihatin,

Adalah dimaklumkan bahawa telah berlaku kejadian cubaan pecah masuk ke dalam rumah En. Shabab di No. 11, Jalan Seri Putra 3/8, dalam kawasan jajahan takluk Sdr. Halim dan sdr. Azizi kita pada jam 10 pagi, 15-01-2009 (kelmarin). Modus Operandi (Kaedah pelakuan jenayah) dilakukan dengan cara mengumpil pintu bekas sampah kita yang menjadi tiang pagar depan rumah kita tu dan masuk melaluinya. Setelah kuncinya dipecahkan, maka mereka masuk dan mula mengumpil kunci gril di hadapan rumah. Alhamdulillah, cucu beliau ada di dalam rumah dan menjerit meminta tolong menyebabkan penjenayah itu melarikan diri. Dari gambaran yang diberikan mereka ini berkemungkinan berketurunan India atau bangla dan difahamkan SATU penjenayah yang masuk ke kawasan dalam rumah, manakala SATU lagi menunggu di dalam kereta dipercayai jenis Toyota Fortuner (SUV) yang fully tinted.. (Sepatutnya yang macam ni kena grill n drill, menyusahkan orang ramai je..)

FAISAL BIN HJ. AHMAD SABRI,
PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK PUTRA TERRACE

Afzan said...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penghuni BSP.



Dukacita satu kejadian kecurian sebuah motorsikal jenis Honda EX5 dengan nombor pendaftaran CBM 1057 berwarna merah di Apartmen Vista Seri Putra. Motorsikal tersebut disedari hilang oleh tuan punya semasa beliau hendak keluar lebih kurang jam 0720 pagi pada 19 Jan 2009. Beliau adalah seorang pelajar di KUIS dan semasa hilang motorsikalnya diletakkan di kawasan Blok L, Apartmen Vista Seri Putra.



Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

Bangi Heights Development Sdn. Bhd.

Security Department

Tel : 03-8927 1611 Fax : 03-8922 1711

E-mail : nsizan@umland.com.my

Livina said...

Maaf...lama tak menjengah keWSPN nie..Ngeri gak bila dengar banyak kejadian malang macam yang diberitakan...Moga tak menjadi-jadi pulak waktu-waktu mendatang nie...

Maaf yang amat terutama kepada Persatuan Penduduk Putra Nusa..khususnya kepada Saudara Afzan..khasnya kepada AJK yang bertungkus lumus dengan niat murni untuk projek kawalan keselamatan..amnya kepada penduduk yang telah memberikan kata setuju dan menanti persetujuan yang lain..
Saya antara yang masih tidak mengembalikan borang edaran servey persetujuan yang asal mahupun menyatakan persetujuan melalui kolum dalam WSPN nie..

Saya bersetuju seratus peratus...soal bayarannya pun saya amat bersetuju malah saya pernah mencadangkan tambahan RM10 satu ketika dulu selain RM40 yang telah dianggarkan oleh pihak persatuan...Kutipan bayaran untuk 2 bulan sekali juga adalah amat praktikal...

Pada cuti perayaan TAHUN BARU CINA yang baru lalu, saya amat risau juga kerana nak balik kekampung tanpa khidmat kawalan keselamatan macam musim cuti perayaan Aidilfitri yang lalu...terpaksalah bertawakal dan berserah..itu pun lepas 2 hari dikampung, jiran sebelah buat panggilan mengatakan pintu cermin sliding door terbuka luas...takut ada yang pecah masuk...berdebar debar juga...selepas beliau lompat masuk dan memeriksa...mungkin kecuaian saya sekeluarga tidak mengunci pintu itu sebelum meninggalkan rumah...nasib baik ada jiran yang prihatin...skang nie kalau waktu waktu biasa pun kami tak berapa selesa dan sentiasa dalam keadaan risau...3 pintu jiran terdekat tidak tinggal disini lagi...3 pintu yang tanpa penghuni...bertambahlah lagi kesunyian dalam damai Seri Putra 2/5...

Apa-apapun..saya menantikan khidmat kawalan keselamatan yang dirancang Persatuan menjadi kenyataan...secepat yang mungkin..makin cepat terlaksana...semakin cepat kita sama-sama hidup dengan selesa...

Jabbar said...

Salamm.. saya ada cadangan kalau cuma around 50 penduduk yang mengembalikan borang kaji selidik dan memberikan persetujuan kepada cadangan kawalan keselamatan.
Saya rasa kita boleh mulakan kutipan dengan 50 buah rumah yang bersetuju dengan kos seminima yang boleh (mungkin mulakan dengan seorang pengawal jaga jalan masuk pada malam hari).
Kemudian jika ada lagi yang nak join, kita increase pengawal semana yang mampu.
Saya dapat tau yang kawasan D'Sentral (Jln SP 3/(huruf)) mengambil pendekatan dan tindakan sedemikian kerana masalah yang sama dengan kita (eceli penduduk sana lebih brutal, seorang aje yg bangkang tapi kesannya yang lain tak bagi persetujuan)

Livina said...

Susahlah kalau ada seorang yang dikatakan "brutal" dalam satu-satu kolompok masyarakat atau komuniti macam kita nie...Pulak tu kalau beliau nie mudah mempengaruhi yang lain...Kadang-kadang tu pandangan beliau berbeza bukan kerana kecerdikan akalnya..hanya kerana polisi hidupnya sudah begitu...memang suka menyangkal apa yang idea orang lain lahirkan dari budi dan akal...ada spesis yang sebegini..saya pun pernah berhadapan dengan situasi ini sewaktu tinggal di Apartment di KL dulu...selidik punya selidik...memang sifat semula jadinya kerana sejak kecil dibezakan kasih sayang oleh ayah dan maknya...jadi dari sudut psikologinya...memang jiwanya kuat memberontak..hatta kalau baik dan bagus macamanapun...dia tetap akan bangkang...

Bagus juga cadangan Saudara Jabbar tu...walaupun sekali fikir...tak adillah kepada beberapa kerat yang membayar tu..sedangkan yang tak bayar, masih dapat perkhidmatan yang disediakan...dan mereka berkemungkinan akan terus tidak membayar...dengan alasan..buat pe nak bayar...ada gak jaga...yang lain tu bayar untuk amal jariahlah...tapi demi keselamatan ummah...mungkin idea nie boleh dipertimbangkan AJK-AJK Persatuan Penduduk Nusa Putra...saya bersetuju dengan apa sahaja keputusan...

Afzan said...

Salam semua, saya rasa untuk kawalan malam mestilah 2 org...lebih praktikal dari segi sistem kawalan yg efisyen, keselamatan pengawal....tapi untuk melaksanakan kawalan ini..memerlukan tambahan AJK khususnya mengikut blok supaya process kutipan tidak terjejas....jadi kaedah yg berkesan adanya makanisma kutipan manual bagi pandangan saya. Kerja ini adalah sukarela...jadi saya mohon sangat sesiapa yg sukarela untuk menjadi wakil bloknya. Jika ada ketua blok seperti ini, saya rasa lebih efektif untuk menjayakan sistem security kita....wassalam

Afzan said...

Salam semua,

AJK Nusa & Putra pada masa ini sedang mengedarkan semua feedback utk mengadakan kawalan keselamatan berbayar. Hasil dari mesyuarat lepas, AJK bersetuju utk permulaan kita berkongsi anggota keselamatan dengan penduduk Prienston dimana jumlah anggota kawalan adalah 4 org (2 siang & 2 mlm) utk kawalan perumahan di Prienston, Nusa dan Putra. Dimana Nusa & Putra akan cover cost utk 2 org pengawal & Prienston akan cover cost 2 org. Ini kerana utk permulaan bagi pendapat AJK jumlah kutipan kemungkinan adalah rendah.Pihak AJK berharap kita dapat memulakan kawalan keselamatan kita pada bulan Mac ini. AJK kita sedang berusaha semampu yang boleh utk mengadakan kawalan keselamatan ini. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada sokongan penduduk semua.

Afzan said...

Update,

Setakat hari ini penduduk yg reply borang persetujuan masih lagi dlm lingkungan 50 rumah.

afzan said...

Hasil mesyuarat AJK pd 14/2/2009, bersetuju untuk ditangguhkan kawalan keselamatan yg akan bermula pd Mac ini. Ini adalah kerana borang kaji selidik yg dikembalikan tidak sampai 20% yg dikembalikan. AJK bersetuju untuk melanjutkan kaji selidik ini sehingga hujung bulan Mac. Sekiranya tidak mencapai sasaran 75% bersetuju..AJK berpendapat kawalan keselamatan perlu ditangguhkan...surat makluman akan diedarkan dalam tempoh terdekat...

horned_cat said...

salam, saya pernah hantar borang kaji selidik yang pertama dulu. saya bersetuju. kalau tak silap masuk dlm box cikgu zainol. tapi tengok pelan tak dipangkah. maknanya ada keciciran maklumat ni. mungkin ada lagi kes lain seperti ni. harap maklum. ==lot97==

Afzan said...

Saya mohon maaf tuan lot96, saya akan update dalam record saya & saya akan check balik dengan cikgu zainol...tq

Jabbar said...

Wehhh.. rumah ambo pong tak kena pangkah dalam peta nih.. salah pangkah pintu umah ni, teringat kat Ali Baba Bujang Lapok.. "Kita kasi pecah aje laaa" kat M.Busra kat Momotaro San..
hahahaha.. :-D

Jabbar said...

== lot 126 ==

:-D

Afzan said...

Maaf Jabar, Tq..nanti saya update dlm rekod AJK

Afzan said...

Salam semua,

Memandangkan Hari Raya Puasa sudah hampir tiba, seperti biasa isu security timbul semula....Pihak AJK kita bersetuju untuk mengadakan kawalan pada cuti perayaan tahun ini iaitu bermula 19hb ~ 26hb Oktober 2009 mengunakan syarikat keselamatan Ehsan seperti tahun lepas. Jumlah kutipan adalah dianggarkan RM30/rumah. Walaubagaimanapun surat pemberitahuan akan diedarkan untuk makluman penduduk. Khususnya maklumat jumlah kutipan dan wakil-wakil AJK yang akan mengutip.

Selain itu, borang kaji selidik yang dijalankan sebelum ini akan diteruskan semasa kutipan ini dijalankan. Ini adalah kerana jumlah penduduk NUsa n Putra belum reply borang kaji selidik masih tinggi. Diharap mendapat kerjasama penduduk. Ini kerana berdasarkan borang kaji selidik ini, kawalan keselamatan akan diadakan atau tidak ditempat kita.

Satu cadangan untuk mengadakan sticker kenderaan bagi penduduk Nusa n Putra. Rasionalnya supaya setiap penduduk tahu kenderaan yang keluar masuk di tempat kita adalah penduduk Nusa n Putra secara amnya. Kos yang dikenakan adalah RM1.00 untuk satu sticker.

Mohon komen tuan/puan semua...

Afzan said...

Salam semua,

Surat makluman untuk mengadakan kawalan keselamatan pada cuti perayaan akan datang sudah diedarkan kepada penduduk. Jumlah kutipan setiap rumah adalah RM30.00. Tempoh kawalan dari 18hb (7pm) ~ 28hb (7am) September 2009. Walaubagaimanapun bergantung kepada sokongan yg diberikan oleh Tuan/Puan semua. Jika jumlah kutipan tidak mencapai sasaran kawalan ini tidak dapat diadakan. Tempoh kutipan sehingga 15hb September 2009..diharap mendapat kerjasama Tuan/Puan.

Wslm.

Afzan said...

Salam,

Cadangan mengadakan kawalan keselamatan berbayar ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan beberapa faktor;
a) Perlu menyelesaikan kaedah kutipan yang berkesan supaya kutipan dapat dijalankan dengan lancar.
b) Perlu penambahan AJK sukarela bagi mewakili kawasan penduduk yang lebih kecil seperti adakan AJK setiap BLOK rumah.
c) Sokongan penduduk (berdasarkan maklum balas surat kaji selidik)

Cadangan lain,

Untuk mendapat komen dari semua...cadangan supaya setiap kenderaan penduduk diadakan sticker menandakan tuan/puan adalah penduduk Nusa n Putra. Objektifnya adalah:-
a) Kita semua dapat memantau dan mengetahui kenderaan yang keluar-masuk samada penduduk di tempat kita ataupun tidak.
b) Dapat alert sekiranya bukan kenderaan dari penduduk kita berada dikawasan kita
c) Dapat mengeratkan lagi hubungan kejiranan secara tidak langsung khususnya kita terpandang kenderaan yang mempunyai sticker berada diluar kawasan NusaPutra.

tq