Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Tuesday, December 30, 2008

IIUM Montessori

Salam.

Terdapat pihak bercadang untuk mewujudkan tadika di kawasan kita.

Lokasinya adalah di No. 56 Jalan Seri Putra 2/4C.

Tetapi, antara syarat kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah adalah mendapatkan surat persetujuan daripada penduduk iaitu kita.

Sila bincangkan dan komen.

Terima kasih.

10 comments:

Jabbar said...

Secara peribadi saya tiada masalah, kerana ini akan dapat memberikan pulangan kepada penduduk dari segi:
1. kemudahan tersedia - saya difahamkan bahawa IIUM Montessori juga mengadakan kelas mengaji al-Quran.
2. dapat mengurangkan sesunyian kawasan kita nih, ibubapa murid akan datang hantar anak seawal 7 pagi dan ambil semula antara pukul 11pg hingga 12:30tgh.

Cuma perlu diingatkan bahawa kewujudan taska/tadika akan mengundang beberapa isu berbangkit terutama kepada immediate neighbour taska/tadika tersebut:
1. peningkatan traffic flow pada setiap pagi dan tghari (juga petang?) ketika weekdays.
2. peluang untuk orang luar bebas masuk/keluar dengan alasan melawat taska/tadika. Perlu diingat bahawa kita tidak mempunyai security guard untuk memantau pergerakan kenderaan keluar/masuk.

Saya cadangkan persatuan mengenakan syarat2 tertentu kepada operator taska bagi mengawal keadaan (pre-emptive action) sebelum dikomplen oleh penduduk, antaranya:
1. menyediakan sticker kereta bagi kenderaan ibubapa murid Montessori atas dasar keselamatan
2. menetapkan dropping-off route untuk melancarkan perjalanan trafik.

My 2-cents :)

Afzan said...

Saya bersetuju dengan pendapat Tn Jabbar...cuma nak tambah skit supaya pihak operator taska membuat hebahan info ini melalui surat makluman kepada penduduk disamping dlm blog nusa-putra ini. Kemungkinan ada penduduk tidak mempunyai internet....

Fuad said...

Sekarang ni apa yang sebenarnya diperlukan oleh pihak tersebut daripada persetujuan penduduk? tandatangan ke? Masih tidak jelas..

Dicadangkan agar pihak tersebut mengadakan perjumpaan bersama penduduk. Jika hendak mendapatkan maklum balas menggunakan borang, tengok sahajalah maklum balas yang diterima berkenaan kaji selidik kawalan keselamatan itu.

Afzan said...

Fuad,

Apa yang saya faham, Owner tadika ni nak minta maklum balas dari penduduk untuk membuka tadika di kawasan perumahan D'Punchak Putra dan memberi cadangan apa yang perlu. Beliau juga ada mencadangkan untuk mengadakan satu mensyuarat bersama wakil penduduk.

Oleh itu sesiapa yang ada cadangan atau komen bolehlah menghubungi beliau.

lin said...

salam,

nak bukak taska kat area kita ni mmg ada baik dan buruknya..

mmg patut pihak montesori kena jumpa dgn penduduk, sbb pihak diorg yg nak buat bisnes..kena la bg borang mintak persetujuan penduduk ..bukan semua penduduk dlm kaw kejiranan kita ni tau pasal nie..yg guna n tau psl blog ni pun brape ramai je...

so diaorg kena bg borang n makluman tu, masukkan sendrik dlm peti surat semua penduduk..perjelaskan rasional nak bukak kat area kita ni...rumah yg mana, jln mana...operasi hari bila smp bila, dr jam brape sampai brape...

kalau sy, secara peribadi tak brape setuju sbb akan meningkatkan jumlah kenderaan yg kluar masuk....mcm2 bole jadi..tak nak la nnt ibarat rumah dh siap tp pahat berbunyi lagi..

-tq-

Fuad said...

Nampaknya kewujudan tadika ini tiada bantahan. Ok la tu.

Jabbar said...

Montessori tu dah mula operasi ke? lama tak meronda kawasan, asyik balik malam aje.. :-|

Anonymous said...

Saje nak tanya..dah mula ke project nih? ..nih umah kan...nak tau sama ade project nih dah dapat kelulusan lom dan biler start?

Ir. Fuad said...

Untuk makluman dan jawapan kepada segala pertanyaan, montessori sudah beroperasi.

Anonymous said...

nak tanya ade tak gambar montesorri nih?