Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Sunday, November 16, 2008

Kes Kecurian dan Pecah Rumah

Email daripada En. Norizan bin Hj Sulaiman, Eksekutif (Keselamatan), Bangi Heights Development Sdn. Bhd. berkenaan kes kecurian pecah cermin kereta untuk makluman.


From: bspinduk@yahoogroups.com on behalf of Norizan Sulaiman
Sent: Fri 11/14/2008 9:45 AM
To: bspinduk@yahoogroups.com
Subject: [bspinduk] KEJADIAN KECURIAN PECAH CERMIN KERETA

Salam buat semua.

1. Adalah diingatkan kepada semua penduduk supaya berwaspada dengan kumpulan curi kereta dan kecurian dengan memecah cermin kereta yang kini menjadi-jadi. Baru-baru ini di dalam BSP telah berlaku tiga kejadian kecurian pecah cermin kereta seperti berikut: -

Pada 12 Nov 2008
Rumah No. 22, Jalan Seri Putra 6/7, kereta jenis Honda Accord semasa kejadian kenderaan diletak di luar rumah. Pemilik menyedari lebeh kurang pada jam 2130. Barang-barang yang dicuri ialah Speed Meter dan kerusi pemandu dan kerusi sebelah pemandu.

Pada 13 Nov 2008
Rumah No. 31, Jalan Seri Putra 3/D, kereta jenis Toyota Wish semasa kejadian kenderaan diletak di luar rumah. Pemilik menyedari pada pagi semasa hendak keluar pergi kerja. Barang-barang yang dicuri ialah DVD Player dan Smart Tag.

Rumah No. 22, Jalan Seri Putra 6/2, kereta jenis Proton Perdana semasa kejadian kenderaan diletak di luar rumah. Pemilik menyedari pada pagi semasa hendak keluar pergi kerja. Barang-barang yang dicuri ialah Speed Meter, Smart Tag dan lain-lain dokumen persendirian.

2. Maklumbalas yang diterima daripada pihak PDRM memberitahu semasa rondaan kawasan yang dilakukan mendapati banyak kenderaan penduduk diletak diluar rumah dan ini berkemungkinan kerana mempunyai kenderaan lebeh dari satu atau dua atau sengaja diletakkan di luar. Ini mengundang minat kepada kumpulan curi kenderaan menjalankan aktiviti yang sememangnya dinanti-nanti oleh mereka. Penduduk-penduduk juga diingatkan supaya tidak meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta yang menjadi daya penarik untuk mendorong mereka mencuri. Ada juga kenderaan mewah diletak di luar pagar rumah sebaliknya kereta yang “tidak mewah” diletak di dalam pagar rumah. Sebilangannya juga ada terdapat pintu pagar tidak ditutup dibiarkan terbuka dan tidak berkunci.

3. Diharapkan sebaran ini dapat dihebahkan kepada semua penduduk skim masing-masing supaya lebeh berjaga-jaga, berhati-hati dan mengambil berat keselamatan dan harga benda masing-masing.

Sekian, dimaklumkan.

Wassalam.

Norizan bin Hj Sulaiman
Eksekutif (Keselamatan)
Bangi Heights Development Sdn. Bhd.
Security Department
Tel : 03-8927 1611 Fax : 03-8922 1711

39 comments:

Jabbar said...

Hmmm.. kereta depan rumah dah jadi target sekarang. Makin lama makin menjadi pulak..

Afzan said...

Jabar kena mcm mana tu? rumah sape?

hamizan said...

pd pandangan saya, jgn tinggalkan brg2 yg berharga walaupun smart tag dlm kenderaan anda, sbb ini akan mengundang bakal penjenayah memecah cermin kenderaan anda. kalau boleh pasti kenderaan itu berkunci/mempunyai alarm/ dan dikunci dgn kunci keselamatan tambahan. Setiap jiran hendaklah sentiasa peka dgn org luar yg tak pernah kita lihat dan mencurigakan. Pastikan dlm hp kita ada disimpan nombor balai polis kwsn ini. Jgn percayakan kpd sesiapa tdk kita kenali walaupun dia berpakaian sopan/kemas. Dptkan butir-butir peribadi org tersebut seblm kita memberikan apa2 maklumat kpdnya. Cuba dptkan maklumat secara tdk langsung dr pemerhatian kita terhadap org tsbt. spt paras rupa, tanda-tanda pd paras rupa, bangsa, warna kulit, loghat bercakap, nombor kenderaan yg digunakan dsbgnya.sekian buat masa ini.

Afzan said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Maklumat diterima daripada OCS setelah menghadiri taklimat di IPD Kajang pada pagi ini, suspek pecah rumah di siang hari nombor kenderaan ACB 1122 Proton Saga lama berwarna coklat dianggotai oleh 3 lelaki berbangsa India.



Sila hebahkan kepada warga-warga dipenempatan masing-masing. Sekian, terima kasih.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB – 019-378 3778

Afzan said...

Salam sejahtera buat semua warga BSP.



Sila hebahkan kepada semua penduduk mengenai sebuah kereta jenis PROTON ISWARA BERWARNA KELABU, NOMBOR DAFTAR WNN 9430

dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan bertudung melayu. Saspek dikehendaki kerana menjalankan aktiviti pecah rumjah.



Sekiranya ternampak sila hubungi segera Polis Bangi 038925 8222 atau 999.



Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB – 019-378 3778

Anonymous said...

as'mualaikum dan salam sejahtera kpd semua warga BSP,Bkt Mahkota dan Impian Putra. Kita kena beringat bahawa nombor kereta boleh berubah tetapi yg pentingnya adalah penjenayah itu sendiri. Ingatkan segala maklumat tentang "appearance" mereka. Dgn dpt mengecam mereka akan bnyk membantu kita semua. Kenderaan boleh ditukar dan begita juga dgn nombor kenderaan. Ingat modus operandi(cara) yg digunakan.Dgn cara ini, kita akan lebih beringat dan mengambil langkah2 bg mencegah,menggagalkan dan juga membantu pihak polis.Kumpulkan segala maklumat dlm ingatan kita dgn setiap org yg kita tidak kenali apabila mereka dtg berjumpa bertanyakan sesuatu yg boleh menimbulkan syak yg munasabah.Terima kasih. Wasalam.

Afzan said...

From: Syed Nasir Alsagoff
Subject: [putraterrace] Kejadian Pecah Ruman 60,Jalan Seri Putra 3/3
To: putraterrace@yahoogroups.com
Date: Sunday, April 12, 2009, 11:49 AM


Pada pagi 12 April 2009, lebih kurang jam 0200, 60 Jalan Seri Putra 3/3
telah dimasuki oleh seorang melayu/indon ??? melalui pintu dapur. Tuan
punya rumah tidak ada rumah masa itu. Pencuri itu telah mengikat isteri
tuan punya rumah dan menyelonkar rumah. Setelah dia dalam rumah selama
10-15 minit, dia telah melarikan diri kerana ada bunyi motosikal di luar
rumah. Isterinya dengan keadaan terikat dapat mengejut anak
perempuannya yang telah memanggil saya untuk datang membantu dan saya
telah panggil polis. FYI. Berwaspadalah.

Syed Nasir
58, 3/3

afzan said...

Penduduk yang dihormati,



Sebuah kereta jenis TOYOTA HILUX bernombor daftar WHS 5049 (dilaporkan baru satu bulan dibeli – menggunakan plat nombor lama) telah didapati hilang pada pagi, 22 Apr 2009. Kereta tersebut yang diletakkan di luar hadapan rumah No. 22 Jalan Seri Putra 7/4 didapati tiada disebelah pagi semasa hendak keluar ke tempat kerja. Kehilangan mungkin berlaku diantara jam 1.00 hingga jam 6.00 pagi. Barang-barang yang hilang bersama yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut ialah sebuah Lap-Top dan dokumen-dokumen penting kepunyaan syarikat.



Seperti yang semua sedia maklum, kehilangan kereta dan motorsikal berluasa berlaku di mana-mana jua tidak kira tempat dan masa. Semua adalah diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga apabila hendak meletak atau meninggalkan kereta dengan menentukan kereta dikunci serta dikunci dengan kunci tambahan. Seperkara lagi yang sering diperingatkan supaya tidak meninggalkan barang-barang penting dan berharga di dalam kereta kerana selain daripada kereta dicuri ianya juga akan menjadi minat dan keinginan kepada penjenayah memecah cermin kereta untuk mencuri barang-barang yang terdapat di dalamnya.



Sila hebahkan kepada semua saudara-saudara, rakan-rakan, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan jiran-jiran agar kejadian sebegini dapat dikongsi bersama untuk sentiasa beringat diantara satu sama lain dan mengawasi kawasan kediaman masing-masing daripada kehadiran penjenayah-penjenayah yang tidak diduga. Sebarang perkara yang nampak dicurigai, ditakuti atau diwas-was hendaklah segera dilaporkan kepada pihak Polis ditalian 03-8925 8222 untuk diambil tindakan segera sebagai tindakan menghalang dan mencegah jenayah.



Sekian.



Norizan bin Hj Sulaiman

019-378 3778

nsizan@umland.com.my

Bangi Heights Development Sdn Bhd

Afzan said...

Penduduk yang dihormati,



1. Lebeh kurang jam 2.15 petang, saya menerima telefon daripada isteri kepada Dr. A. Manaf bin Hussin dialamat No. 6, Jalan Seri Putra 8/11 (Lot Banglo) memberitahu beliau telah didatangi oleh dua anggota Polis dengan bersenjata dari belakang rumahnya lebeh kurang jam 12.30 tengahari dalam gerakan mengejar tiga penjenayah yang telah memasuki Lot Banglo dengan memanjat pagar ditepi lebuhraya.



2. Ekoran daripada itu, saya telah pergi berjumpa isteri Dr. A. Manaf untuk mendapatkan butir-butir kejadian. Anggota pengawal bersama K9 (Pengawal Beranjing) uga telah dikerah membuat gerakan mencari dan mengesan. Sehingga laporan ini dikeluarkan, anggota pengawal bersama K9 masih dalam gerakan dan bersiap sedia di kawasan-kawasan semak samun yang dicurigai tempat penjenayah tersebut berselindung untuk menyelamatkan diri mereka. Pihak Polis yang sama telah datang semula pada lebih kurang jam 3.30 petang dan memberitahu mereka mempercayai penjenayah tersebut masih berada di dalam kawasan Lot Banglo. Pada masa yang sama, Polis BSP juga telah diberitahu dan telah membuat tinjauan ke kawasan tersebut.



3. Kepada semua penduduk Lot Banglo diingatkan supaya menjaga keselamatan masing-masing dan menentukan semua pintu dan tingkap sentiasa dikunci. Jika terdapat apa-apa yang disyaki atau ternampak sebarang pergerakan yang mencurigakan hendaklah terus menghubungi Balai Polis ditalian 03-8925 8222, anggota Pengawal Keselamatan Lot Banglo ditalian 016-252 6049 dan K9 ditalian 016-201 0719. Sila hebahkan kepada semua pendududuk.



Sekian, dimaklumkan.

Afzan said...

Semua Penduduk yang dihormati.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.



1. Laporan diterima pagi ini daripada pihak Polis, berlaku satu lagi kejadian kecurian kereta pada 30 APR 2009. Rengkasan kejadian seperti berikut: -



a. Jenis TOYOTA CAMRY bernombor PUTRAJAYA 3904 berwarna HITAM.

b. Alamat hilang di No. 13, JALAN SERI PUTRA 7/2 (PUTRA VILLA-TOWNHOUSE).

c. Kereta diletak di luar pagar rumah.

d. Masa akhir kereta dilihat lebeh kurang jam 2100 semasa tuan punya mengambil Lap-Top yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut.

e. Disedari telah hilang semasa hendak keluar pergi kerja LK jam 0900, 30 Apr 2009.



2. Kes kehilangan kereta menjadi-jadi di mana jua taman dan kawasan, terutamanya kereta jenis Toyota yang kini menjadi minat dan sasaran oleh penjenayah. Perkara telah ditekankan oleh Tuan OCS, Sub Inspektor Ramlan bin Din semasa mengadakan perjumpaan/taklimat mengenai pencegahan jenayah pada 14 Mac 2009 dengan semua Ketua-Ketua Kampong/Masyarakat dan Pengerusi-Pengerusi Penduduk di dalam kawasan Bangi dengan mengingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran orang-orang yang tidak dikenali dan menentukan harta benda masing-masing dijaga dengan rapi.



3. Hanya jarak 8 hari daripada berlakunya kecurian kereta TOYOTA HILUX pada 22 Apr 2009 yang lalu di Jalan Seri Putra 7/4, kini kita dimaklumkan dengan satu lagi kecurian telah berlaku di skim yang sama yang kita semua tidak mahu perkara begini terus berlaku di dalam kawasan Bandar Seri Putra. Sila hebahkan kepada semua penduduk skim masing-masing supaya lebeh berjaya-jaga dan mendirikan pengawasan kejiranan di skim-skim supaya kawasan kediaman dapat dikawal dan dicegah daripada sebarang bentuk jenayah.



4. Sebelum ini satu kejadian kecurian barang-barang di dalam kereta telah berlaku iaitu pada hari Selasa, 28 Apr 2009 lebeh kurang jam 1900. Tuan punya kereta jenis Wira bernombor WHT 2035 sedang membeli belah di pasar malam. Kereta diletakkan di Jalan Seri Putra 1/4 dikawasan kedai berdekatan dengan pasar malam. Sekembalinya beliau selepas membeli belah mendapati pintu keretanya telah dikopek dan beg tangan dan barang-barang yang ditinggalkan di dalam kereta telah dicuri.



Sekian.



Norizan bin Hj Sulaiman

Bangi Heights Development Sdn Bhd

019-378 3778 / nsizan@umland.com.my

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



Dimaklumkan satu kejadian pecah rumah telah berlaku pada 11 Mei 2009 di rumah No. 1, Jalan Seri Putra 3/L.



Tiada penghuni di rumah semasa kejadian kerana keluar bekerja. Disedari oleh anaknya semasa balik dari sekolah LK jam 1400 dan mendapati rumahnya telah dipecah masuk melalui ‘sliding door’ tepi rumah tersebut. Barang-barang yang hilang ialah wang tunai, telefon bimbit dan TV LCD 42”.



Sila hemahkan kepada semua penduduk di skim masing-masing.



Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan, BHDSB

019-378 3778

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



1. Kecurian kereta makin menjadi-jadi dan kali ini yang menjadi sasaran adalah:-



1.1. Pada 21 Mei 2009 dialamat No. 21, Jalan Seri Putra 3/Q – Skim D’Sentral 6A.

1.2. Kereta jenis Honda Civic 2.0 bernombor WSD 565 warna kelabu.

1.3. Kereta diletakkan di dalam parkir rumah.

1.4. Pintu pagar berkunci dan mangganya telah dipotong.



2. Dipercayai masa kehilangan adalah diantara jam 2.00 pagi hingga 6.00 pagi, kerana tuan rumah balik kerumah pada jam 2.00 pagi dan apabila hendak keluar ke tempat kerja lebeh kurang jam 6.30 pagi mendapati keretanya telah tiada.



3. Untuk maklumat, pada tarikh yang sama sebuah kereta jenis Honda Civic 2.0 juga telah kecurian di Bukit Mahkota dan 2 buah rumah telah dipecah masuk. Sila maklumkan kepada semua jiran-jiran supaya lebih berjaga-jaga dan diperhatikan masih terdapat banyak kereta-kereta dibiar/diletakkan di luar rumah seperti kereta-kereta mewah/menjadi pilihan yang memberi galakan dan minat kepada penjenayah-penjenayah untuk peluang mereka mencuri.



Sekian, terima kasih.





Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB – 019-378 3778

nsizan@umland.com.my

Afzan said...

Semua penduduk yang dihormati,



Dua kejadian telah berlaku pada 28 Mei 2009 seperti berikut: -



1.1. Jalan Seri Putra 5/5 (Putra 96). Pecah rumah disedari oleh jiran pada awal pagi setelah terlihat pintu rumah tersebut terbuka. Penghuni rumah tiada kerana balik ke kampung. Jiran tersebut melapurkan kepada Polis dan memeriksa mendapati barang-barang di dalam rumah berselerak. Kerugian tidak dapat dipastikan kerana penghuni masih berada di kampung.



1.2. Jalan Seri Putra 3.3 (Putra Terrace). Tuan rumah menyedari lebih kurang jam 2230, tingkap di bilik bawah bahagian belakang rumahnya terbuka dan gril telah terkopak dan jatuh ke lantai. Tuan rumah menjangkakan kejadian berlaku diantara jam 1930 hingga 2200 ketika mereka berada di dalam rumah di tingkat atas. Setelah disiasat mendapati tiada barang-barang yang hilang. Berkemungkinan penjenayah setelah memecah untuk masuk ke rumah tersebut terdengar suara penghuni lalu meninggalkan rumah tanpa mengambil apa-apa.



Sekian dimaklumkan.



Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB

Afzan said...

Semua penduduk yang dihormati,



Satu kejadian telah berlaku pada hari Jumaat, 29 Mei 2009 di Jalan Seri Putra 3/6 (Putra Terrace). Sekembalinya penghuni dari tempat kerja lebeh kurang jam 2115 mendapati rumahnya telah dipecah masuk melalui tingkap di bilik belakang tingkat bawah. Dipercayai penjenayah yang melakukannya adalah geng yang sama yang telah gagal dalam cubaan pecah masuk di rumah Jalan Seri Putra 3/3 pada 28 Mei 2009. Barang-barang yang hilang adalah barang-barang kemas, HP, kamera, jam tangan, sejumlah wang tunai dan lain-lain.



Sekian dimaklumkan.



Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB

Afzan said...

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.



Setelah hampir empat minggu indek jenayah dalam keadaan baik yang mana kejadian terakhir adalah pada 07 Jun 2009, kini kita dikejutkan semula dengan satu kejadian baru iaitu sebuah kereta Toyota Rush, nombor daftar MBQ 1505 berwarna hitam telah hilang di Jalan Seri Putra 3/6.



Kereta disedari telah tiada ditempat parkir di dalam pagar rumah yang terbuka luas oleh pemilik pada 03 Jul 2009 lebeh kurang jam 6.50 pagi semasa hendak keluar pergi bekerja.



Sila hebahkan kepada semua penduduk di skim masing-masing sebagai satu ingatan untuk lebeh berjaga-jaga dengan bentuk jenayah yang sering berlaku berulang kali di dalam Bandar Seri Putra.



Wassalam.



Sekian, dimaklumkan.



Norizan bin Hj Sulaiman

019-378 3778

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



1. Dilapurkan kejadian seperti berikut: -



1.1. Kecurian Motorsikal. Sebuah motorsikal bernombor daftar WNT 2915 jenis Honda Wave berwarna Maroon yang diletakkan di kawasan parkir Blok C, Pangsapuri Seri Dahlia disedari telah hilang oleh pemilik pada 07 Jul 2009 lebeh kurang jam 7.00 pagi.



1.2. Pecah Rumah. Di Jalan Seri Putra 3/3 disedari oleh penduduk di kawasan tersebut pada 07 Jul 2009 lebeh kurang jam 12.10 tengahari apabila ternampak suspek memanjat keluar tembok tepi rumah tersebut dan terus beredar dengan menaiki kereta bernombor daftar TAR 5995 jenis Persona berwarna Maroon. Suspek telah memasuki rumah tersebut dengan membuka tingkap dan mengumpil gril tingkap tersebut. Rumah tiada penghuni dan telah ditinggalkan hampir 3 bulan oleh pemilik setelah berpindah ketempat lain tetapi barang-barang kelengkapan rumah masih ada ditinggalkan.



2. Sekian, dimaklumkan.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Satu kejadian rompakan telah berlaku pada pagi ini lebeh kurang jam 3.15 pagi di stesen minyak Petronas BSP. Rengkasan seperti berikut: -



a. Stesen Petronas dibuka 24 jam. Selepas jam 12.00 tengah malam semua pintu dikunci dan pelanggan berurusan melalui lubang kaunter.

b. Dua pekerja Petronas bertugas ketika itu.

c. Perompak seramai 4 orang dengan menaiki dua buah motorsikal jenis Yamaha LC 135 berwarna merah dan hitam. Nombor pendaftaran tidak dapat diambil. Muka ditutup dengan sapu tangan hanya menampakkan mata dan memakai helmet.

d. Setibanya di stesen salah seorang perompak terus menerpa pintu cermin dan memecah dengan menggunakan tukul besi (hammer).

e. Dua buah Peti Cash dirampas dan kerugian dari wang perniagaan lebeh kurang RM2,000.00.



Sekian, dimaklumkan.



Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB

Afzan said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Terlebeh dahulu diucapkan selamat sejahtera dan selamat datang kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SP 5; Tuan Jefri dan Tuan Bakar manakala Tuan Halim dan Tuan Shahrizat wakil penduduk dari D’Punchak Aman memang telah lama bersama kita sejak Skim Pengawasan Kejiranan diadakan cuma belum menubuhkan persatuan penduduk lagi.



Semuga kita dapat bekerjasama dalam apa jua perkara dan dapat memupuk silatulrahim kejiranan dengan lebeh erat dan bersama-sama berganding bahu memasti dan meningkatkan keselamatan, kesejahteraan dan keamanan di dalam Bandar Seri Putra. Sebagai penghulu, anak-anak buah sentiasa mengharapkan tidak terlepas pandang dan dapat mengatasi apa jua masalah yang ditimbulkan serta mengambil tindakan yang dikemukakan dengan pihak-pihak tertentu untuk penyelesaiannya.



Manakala lapuran jenayah, tiga lapuran yang diterima; pertama cubaan pecah masuk rumah oleh tiga orang berbangsa Amerika Latin di Jalan SP 3/4 pada 30 Jul 2009 (setelah gagal memecah masuk rumah di Jalan SP 2/5C kerana disedari oleh penghuni) hingga tertangkapnya seorang saspek oleh pihak Polis dengan maklumat pantas daripada srikandi Putra Terrace dan keduanya; kehilangan sebuah motorsikal pada 01 Ogos 2009 di Blok L, Vista Seri Putra dan yang terbaru lapuran diterima pagi ini berlaku pecah masuk rumah orang kuat kita iaitu Encik Abdul Aziz bin Haron di No. 19, Jalan SP 2/5C. Kejadian dipercayai berlaku diantara jam 3.00 pagi hingga jam 5.00 pagi dengan memecah masuk melalui tingkap bilik air belakang di dapur.



Semua warga BSP adalah diseru menentukan keselamatan rumah masing-masing seperti memasang gril, mangga, clamp, pintu dan tingkap serta pintu pagar ditutup dan berkunci dan memaklumkan kepada jiran dan pihak Polis sekiranya meninggalkan rumah agak lama. Maklumat dan perhubungan penduduk dengan pihak Polis juga amat diharapkan sekiranya terdapat pergerakan orang yang disyaki, dicurigai dan yang tidak dikenali berkeliaran supaya pihak Polis dapat mengesan, mencegah dan menangkap penjenayah-penjenayah ini. Pastikan ‘speed dial’ pertama didalam telefon bimbit direkodkan nombor telefon Balai Polis Bangi 03-89258222 supaya pantas dihubungi untuk mendapatkan bantuan.



Wassalam.



Norizan bin HJ Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB – 019-378 3778

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



Maklumat untuk dikongsi bersama mengenai kejadian pecah masuk rumah di Semi-D, Jalan 6/6, Bukit Mahkota pada hari Sabtu, 01 Ogos 2009 dengan memecah masuk melalui tingkap belakang dan mencuri barang-barang kemas dan barang-barang lain berulang lagi di rumah yang sama pada hari ini, 05 Ogos 2009 lebeh kurang jam 11.00 pagi dengan memecah masuk rumah melalui pintu kayu hadapan. Tuan rumah yang baru balik dari kedai ternampak sebuah kereta Toyota Avanza nombor daftar WMN 2346 berwana kehijauan beredar dari depan rumahnya dan beliau mengesyaki sesuatu lalu mengekori dan mengejar kereta tersebut yang menghala keluar kepersimpangan Bukit Mahkota. Saspek 1 perempuan dan 2 lelaki yang menyedari kereta mereka diekori sejak awal tadi lalu memecut dan berpatah balik masuk semula ke Bukit Mahkota dan menghala keluar melalui Pos Kawalan belakang Bukit Mahkota dan hilang di dalam kawasan perindustrian Nilai. Barang yang dicuri adalah sebuah Laptop.



Dalam masa yang sama, mangsa telah memaklumkan kepada Polis Nilai dan Polis Seremban untuk mengesan penjenayah ini. Kita berharap saspek dapat dikesan dan ditangkap kerana penyangak-penyangak ini selagi bernyawa akan terus mengancam orang ramai di mana jua yang disukainya. Polis mempercayai saspek adalah sama dengan kes kereta Persona TAR 5995 (1 perempuan dan 2 lelaki) yang telah memecah masuk rumah di Jalan SP 3/3 pada 07 Jul 2009. Penyangak ini memang mengiat aktif memecah masuk rumah di BSP dan Bukit Mahkota dengan MO yang sama iaitu bertukar-tukar kereta.



Kepada yang ternampak, terdengar atau mendapat maklumat kereta WMN 2346 berada di kawasan BSP atau di mana jua hendaklah segera memberitahu Polis Bangi ditalian 038925 8222. Sila sebarkan maklumat ini kepada semua rakyat skim masing-masing.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB – 019-378 3778

Afzan said...

Semua yang dihormati,



Kejadian pecah masuk rumah berlaku di Jalan 3/F, D’Sentral pada 12 Ogos 2009 (nombor rumah dan mangsa tidak dapat dimaklumkan).

Anak tuan rumah yang belajar di KUIS balik ke rumah lebeh kurang jam 8.30 malam.

Apabila memasuki rumah terserempak dengan penjenayah yang sedang turun tangga dari tingkat atas.

Penjenayah bersenjatakan pisau lalu berteriak “kau diam” dan terus lari keluar menggunakan tingkap bilik belakang yang dipecah masuk.

Tiada pengelutan dan kecederaan yang berlaku dan kerugian masih belum dapat dipastikan kerana keluarga mangsa tiada di rumah kerana balik ke kampung.



Semasa kejadian mangsa tergamam dan terduduk ketakutan dan tidak dapat membuat apa-apa.

Lebeh kurang dua jam selepas kejadian barulah mangsa dapat mengawal diri dari terperanjat dan terus membuat laporan Polis selepas memanggil kawannya datang.

Butiran yang diperolehi dari mangsa ialah penjenayah macam orang Melayu dan boleh juga dikatakan macam orang Indo.

Bertubuh badan gempal dan tinggi lebeh kurang 5’ 2” memakai seluar pendek dan baju T tanpa kolar.

Muka tembab banyak berparut macam bekas jerawat dan hidung penyek.

Umur sekitar lebeh kurang 30 tahun.



Sila hebahkan kepada semua penduduk untuk sama-sama mengambil tahu dan berusaha mencegah dan menghalang daripada berlakunya jenayah di kawasan BSP.



Sekian.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB – 019-378 3778

Afzan said...

Semua Penduduk Yang dihormati,



Laporan pecah masuk rumah diterima daripada sebuah rumah penduduk di Jalan 3/N (D’Sentral – Semi-D). Mangsa baru berpindah masuk barang-barang rumah satu minggu yang lepas dan belum menduduki rumah tersebut. Sekembalinya pada 15 Ogos 2009 selepas satu munggu berada di kampong mendapati rumahnya telah dipecah masuk melalui ‘sliding door’ bahagian tepi rumah. Barang-barang yang dicuri ialah barang-barang kemas, laptop, kamera digital, jam tangan dan sejumlah wang tunai yang tidak dapat disahkan.



Sila hebahkan kepada semua penduduk melalui yahoogroups skim masing-masing supaya kita sama-sama tidak leka dengan kejadian jenayah seumpama ini kerana kejadian pecah masuk rumah boleh dikatakan sentiasa berlaku di dalam BSP. Walaupun peratusannya tidak tinggi tetapi penduduk tetap terancam dengan kejadian yang amat dirisaukan yang tidak sepatutnya berlaku lagi.



Sekian.

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



Satu lagi kejadian pecah masuk rumah telah berlaku pada 20 Ogos 2009 di Jalan SP 2/3 (D’Punchak Unggul. Tuan rumah balik dari kerja lebih kurang jam 4.30 petang mendapati rumahnya telah dipecah masuk melalui ‘sliding door’. Barang-barang yang dicuri ialah sebuah Lap-Top, komponen ASTRO dan sebuah monitor komputer meja.



Sila hebahkan kepada semua penduduk skim masing-masing.



Sekian.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Salam,
Seperti dijadualkan secara berkala (3 bulan sekali), meeting keselamatan di atas usaha Polis Bangi, Bandar Seri Putra, mengumpulkan Polis Bangi, Pengerusi2, dan Keselamatan Bangi Heights telah berlaku pada 24/7/2009 lalu di Balai Polis BSP.

Berikut adalah perbincangan yang berlaku :
A. MAKLUMAT DARI S/I Ramlan
1. Pembinaan Balai Polis
Polis memerlukan kawasan seluas 5 ekar untuk mendirikan Balai. Keluasan tanah yang direzab oleh pihak Bangi Heights adalah 3.5 ekar. Kebenaran telah diminta oleh Polis untuk menambah luas tanah yang ada kepada Bangi Heights.
2. Jenayah.
Jenayah-jenayah yang berlaku, a)pecah rumah-berlaku waktu siang, b)curi kenderaan,(motor dan kereta). Ada peningkatan selepas bulan Mac 09 yang lalu.
Polis syak, kejadian2 pecah rumah ini dilakukan oleh warganegara sendiri berpandukan modus operandi mereka.
S/I Ramlan memdapati penjenayah2 ini, kebanyakannya ada menambil kesempatan daripada kealpaan kita. Ada ketikanya anggota beliau mengadu tentang kurangnya keperihatinan penduduk kepada keselamatan masing2 seperti meninggalkan grill terbuka terutama lewat malam dan sebagainya.
3. Keselamatan jalan raya.
S/I Ramlan menegur orang ramai yang masih tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal di BSP ini.
Ada juga yang menunggang motorsikal beramai-ramai diatas satu motor.
Beliau apabila mengambil tindakan tegas, mendapat cemuhan daripada orang ramai.
4. Cuti Hari Raya
S/I Ramlan mengalu-alukan penduduk mendaftar ke Balai Polis Bangi sempena percutian hari raya yang akan menjelang ini.
6. Respon time polis
S/I Ramlan berkata respond time balai polis bangi adalah kurang daripada 5 min untuk laporan-laporan dari BSP.

B. THREAT/ANCAMAN
1. Polis telah mengenalpasti beberapa kenderaan penjenayah berkeliaran di BSP.
MBA 8515 , BMW berwarna putih, dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah. Turut bersama2 BMW ini adalah kereta KENARI warna HIJAU dan juga PERSONA warna MAROON, 5995. Individu, seorang perempuan bertudung dan lelaki melayu. Jika terlihat sila lapor ke polis segera.
2. Penyamaran sebagai Polis.
Diingatkan jika didatangi oleh individu mengaku pegawai polis, sila pasti dahulu kad kuasa mereka, tidak mencukupi bagi mereka menunjukan logo polis sahaja.
Kad-kad kuasa polis (seperti kad pengenalan) :
a. warna kuning-untuk anggota pangkat rendah
b. warna biru-untuk pegawai
c. warna putih-polis bantuan. Polis bantuan hanya boleh bertindak bersama-sama pihak Polis tetap dan mereka perlu memakai pakaian uniform.
3. Penjual2 direct selling
Adalah hak kita tidak membenarkan sesiapa yang kita tidak mahu daripada masuk kedalam rumah kita. Jadi, Polis berharap jika tiada keperluan dan syak tinggi, jangan benarkan sesiapa memasuki rumah sewenang-wenangnya.
Jika mereka menceroboh masuk, boleh segera lapor kepada pihak polis.
4. Penarik kereta
Menarik kereta perlu melalui beberapa prosedur.
a. Perlu ada surat-surat demand, 21, 14 dan 7 hari.
b. Perlu ada surat mahkamah, kebenaran untuk menarik kereta.
c. Masa hanya daripada 7pg hingga 7pm.
d. Yang menarik perlu ada membuat laporan polis sebelum dan selepas menarik kereta.

C. CADANGAN2/TINDAKAN
1. S/I Ramlan mencadang program "Community Policing" di BSP. Konsepnya adalah orang ramai melakukan tugas polis (pengawasan) tetapi dengan tanpa kuasa Polis.
2. Bangi heights memerlukan penduduk berusaha bersungguh-sungguh menjayakan program pengawasan kejiranan yang mereka lancarkan dahulu. Program susulan dalam perancangan mereka tidak akan berjaya jika penduduk tidak berterusan/serious.
3. Bangi Heights akan meningkatkan lagi keupayaan/penggunaa n CCTV. Dipantau oleh pihak IPD kajang.
4. Bangi Heights menambah satu lagi Pondok keselamatan di jalan keluar berhampiran Putra Villa.
5. Skim tropika mencadang penggunaan webcam untuk pengawasan kawasan skim-skim.
6. Skim Mawar mencadang menerangkan kawasan2 permainan.
7. KOJIRA (Koperasi BSP)mendapat kebenaran untuk menyediakan pekhidmatan kawalan keselamatan untuk BSP.

Sekian.
Terima kasih.
Mohd Najib Md Shariff
Bandar Seri Putra

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



1. Dua kejadian pecah rumah telah berlaku seperti berikut: -



a. Pada 26 Ogos 2009 Di Blok L-13-6, Apartmen Vista Seri Putra.



(1) Rumah diduduki oleh student KUIS.

(2) Disedari rumah telah dipecah masuk sekembalinya lebeh kurang jam 8.00 malam.

(3) Barang yang dicuri ialah dua buah Lap-Top.



b. Pada 27 Ogos 2009 Di No. 54, Jalan Seri Putra 3/9.



(1) Mangsa keluar rumah lebih kurang jam 4.30 petang dan balik lebih kurang jam 11.00 malam

mendapati rumah telah dipecah masuk melalui tingkap dapur.

(2) Barang-barang yang telah dikenalpasti hilang ialah sebuah Lap-Top, barang-barang kemas dan jam tangan.

(3) Sebelum kejadian, pada pagi 26 Ogos 2009 semasa isteri keluar hendak pergi ke tempat kerja kelihatan

seorang lelaki berbangsa Bangladesh berjalan dihadapan rumah dengan membawa beg plastik.

Saspek yang sama juga dilihat berjalan tidak jauh dari rumah mangsa pada 27 Ogos 2009 lebih kurang

jam 4.30 petang pada hari kejadian.

(4) Saspek badan tinggi kurus dan berkulit gelap.



2. Semua penduduk adalah diingatkan sentiasa berwaspada dengan MO kejadian seperti ini. Lebih-lebih lagi menjelangnya perayaan

Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi. Penjenayah-penjenayah mula dengan gerakan mereka mencari mangsa untuk pendapatannya.

Sebarang saspek yang dicurigai hendaklah diperhati dan diambil berat dengan melapurkan kepada pihak Polis untuk bantuan rondaan pemantauan.

Sebagai langkah pencegahan dan menghalang daripada kejadian seumpama berlaku, setiap pergerakan orang-orang yang tidak dikenali

dan tiada kena mengena disetiap taman hendaklah disoal dan dilabelkan sebagai saspek. Kita bukan hendak berniat jahat dan memandang

serong kepada orang yang tidak dikenali tetapi ini adalah langkah yang baik untuk diikuti supaya tidak berlaku seperti di atas.



3. Kepada yang mempunyai apa-apa maklumat yang boleh dikongsi bersama sebagai langkah pencegahan, silalah hebahkan melalui laman

Ini. Setidak-tidaknya kita mengetahui apa yang telah berlaku dan dijangka akan berlaku dipersekitaran kita kerana ini akan meletakkan kita

semua sentiasa dalam berjaga-jaga.



Sekian.



Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB

Afzan said...

Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera buat semua penduduk yang dihormati.



1. Terlebih dahulu selamat meneruskan ibadat puasa dengan penuh ketaqwaan semuga segala amalan kita disepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini diterima Allah Subhanahuwatala hendakNya. Dikala kita sedang sibuk membuat persiapan menjelangnya bulan Syawal yang akan tiba tidak berapa hari lagi, kita juga jangan lupa dan leka dengan perancangan yang sentiasa diatur oleh penjenayah-penjenayah yang juga sedang sibuk membuat “persiapan” mereka untuk berhati raya.



2. Setelah sekian lama tiada kejadian pecah rumah di dalam Bandar Seri Putra dan yang terakhir ialah pada 26 Ogos 2009, kita telah dikejutkan semula dengan

kejadian terbaru seperti berikut: -



2.1. Pada 13 Sep 2009 di No. 46, Jalan Seri Putra 3/Q.

2.2. Mangsa meninggalkan rumah jam 4.00 petang dan semasa balik ke rumah jam 11.00 malam mendapati rumahnya telah dipecah

masuk melalui tingkap hadapan dengan memecah gril tingkap.

2.3. Kehilangan ialah sebuah Laptop dan wang tabung anak.



3. Semua penduduk yang akan meninggalkan rumah masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri di kampung halaman atau ke mana jua adalah diminta untuk memaklumkan kepada pihak Polis dengan memenuhi “BORANG BALIK KAMPUNG” yang disediakan di Balai Polis supaya dapat membantu pihak Polis untuk membuat rondaan dan pemantauan ke rumah-rumah yang ditinggalkan.



4. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf dipohon jua jika terdapat salah dan silap sepanjang pergaulan kita selama ini.



Wasalam.



Sekian.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



1. Satu kejadian pecah masuk rumah telah berlaku pada 02 Okt 2009 di alamat No. 68, Jalan Seri Putra 3/9 seperti berikut:-



1.1. Penghuni meninggalkan rumah LK jam 5.00 petang dan kembali LK jam 12.00 tengah malam mendapati rumah telah dipecah masuk melalui pintu belakang.

1.2. Penjenayah menggunakan mesin Oxy (jenis bakaran api) dengan memotong gril dan tombol pintu.

1.3. Barang-barang yang dicuri ialah sebuah Laptop, wang tunai dianggarkan LK RM3,000.00 dan beberapa buah jam tangan.



2. Semua penduduk dimaklumi supaya lebeh berhati-hati menentukan keselamatan semasa meninggalkan rumah dan adalah bertetapan masanya untuk kita semua memikirkan memasang alat keselamatan yang lebeh baik dan dapat menjamin mencegah dari menjadi mangsa penjenayah ini. Dalam hal ini, BHDSB sedang merancang untuk menjemput ADT memberi pakej promosi kepada semua penduduk di dalam BSP. Sebelum itu, saya akan mengaturkan satu perjumpaan dengan pihak ADT, OCS dan semua RA untuk duduk bersama membincangkan perkara baik ini supaya dapat dihebahkan kepada semua penduduk.



3. Sehubungan ini, BHDSB akan mengadakam pelancaran rumah baru “Anjung Suasana 8B” di Sale Gallery pada 10 Okt 2009. Di masa itu juga, BHDSB akan menjemput piihak ADT mempromosi produk Alarm System & CMS kepada semua pengunjung yang berminat untuk memasang peralatan keselamatan ini dikediaman masing-masing.



Sekian, dimaklumkan.



Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

019-378 3778

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



Dilapurkan satu kejadian pecah masuk rumah telah berlaku di No. 89 (Lot 105), Jalan Seri Putra 8/1. Penghuni meninggalkan rumah lebeh kurang jam 1530 petang pada 18 Okt 2009 dan kembali ke rumah lebeh kurang jam 1640 petang pada 19 Okt 2009 mendapati rumahnya telah dipecah masuk melalui tingkap bahagian belakang rumah. Barang-barang yang hilang ialah 2 buah TV LCD - 50” dan 40”.



Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



Satu kejadian pecah masuk rumah telah berlaku pada 11 Nov 2009 di rumah No. 19, Jalan Seri Putra 6/5. Penghuni seorang isteri menyedarinya apabila bangun daripada tidur jam 4.00 pagi mendapati Lap-Top, telefon bimbit, dompet duit dan barang-barang kecil yang lain telah hilang. Setelah diperiksa mendapati saspek memasuki rumah melalui tingkap bilik air belakang kerana batang paip pancuran air didinding bilik air telah patah.



Sekian, untuk makluman dan perhatian semua.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



Laporan diterima mengenai kes pecah kereta jenis Wira Aeroback yang telah berlaku di No. 15, Jalan Seri Putra 2/3H (D’Puncak Aman). Mangsa menyedarinya apabila hendak keluar menghantar anak ke sekolah pada 16 Nov 2009 lebeh kurang jam 6.45 pagi. Semasa kejadian kereta tersebut diletakkan di luar pagar rumah. Saspek memecah cermin tingkap kereta dibahagian pemandu dan keadaan dalam kereta berselerak tetapi tiada barang-barang yang dilaporkan hilang. Ini adalah kes yang pertama berlaku di perumahan D’Puncak Aman. Sejak perumahan ini dibuka dan diduduki tiada apa-apa kes jenayah yang pernah dilaporkan di kawasan ini.



Diharapkan makluman ini dapat dikongsi bersama oleh seluruh penduduk BSP mengenai kes-kes jenayah yang masih berlaku di dalam BSP seperti pecah masuk rumah, curi kereta/motorsikal, pecah masuk kereta dan sebagainya. Supaya kita semua sentiasa di dalam keadaan beringat-ingat dan tidak leka atau terlupa untuk menentukan harta benda kita sentiasa di dalam kedudukan selamat. Walaupun berbagai cara telah dilakukan oleh semua penduduk dengan mengadakan kawalan, rondaan dan pemerhatian begitu juga dengan rondaan kawasan yang dilakukan oleh Polis namun penjenayah ini masih mempunyai ruang untuk bergerak menjalankan aktiviti mereka.



Bersama-samalah kita mencegah dan membenteras jenayah. Sila salurkan maklumat-maklumat jenayah yang pernah dan telah berlaku dikalangan kita supaya dapat digunakan sebagai ingatan dan digunapakai cara-cara pencegahannya.



Sekian. Salam hormat.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Semua Penduduk Yang Dihormati,



Belum sempat kita menarik nafas panjang, baru nak duduk kena teh secawan, saya menerima panggilan telefon melaporkan berlaku pula pecah masuk rumah lebih kurang jam 12.00 tengahari pada 17 Nov 2009 di rumah beralamat No. 4, Jalan Seri Putra 5/3 (D’Putra 56). Rumah tiada penghuni kerana semua keluar bekerja. Saspek memecah masuk melalui pintu hadapan rumah tersebut. Keadaan dalam rumah habis digeledah dan barang-barang yang dilaporkan hilang ialah 3 buah Laptop, sebuah telefon bimbit, beberapa buah jam tangan, barang-barang kemas Emas, sejumlah wang tunai dan sebuah peti besi berukuran LK 2’ x 2’ yang mengandungi barang-barang kemas Emas, wang tunai dan beberapa dokumen penting.



Semasa kejadian jiran sebelah, seorang suri rumah mendengar bunyi bising di dalam rumah mangsa. Jiran beranggapan mangsa ada di rumah dan sedang berkemas mengalihkan barang-barang rumah. Agak lama bunyi bising tidak reda, jiran tersebut mengsyaki ada sesuatu yang tak kena, lalu menelefon memberitahu mangsa. Seorang lagi jiran yang tinggal selang 10 buah rumah daripada rumah mangsa keluar menaiki kereta untuk mengambil anak sekolah. Sambil perlahan melalui rumah mangsa dan terlihat sebuah kereta jenis Proton berwarna silver yang dinaiki 3 orang berada dihadapan rumah mangsa sedang memungah masuk barang di dalam bonet keretanya. Saspek yang sedar mereka diperhati, lalu bergegas memasuki kereta dan keluar laju mengikut bahu jalan longkang bertutup bersebelahan jalan Seri Putra 5/1. Saspek dikatakan bertubuh badan besar dan berkulit putih kemerahan seperti Amerika Latin. Menaiki sebuah kereta jenis Proton berwarna Silver dengan menggunakan plet nombor palsu.



Dengan kejadian ini, diharapkan ianya menjadi satu kesedaran dan pengajaran buat semua bahawa info pertama itu amat penting. Dalam erti kata lain, sesuatu perkara yang terdengar, terlihat yang diragui dan disyaki mengenai perlakuan jenayah hendaklah terus menelefon Balai Polis supaya dapat diambil tindakan cepat dan pantas kerana setiap saat itu amat penting dan diambil kira oleh pihak Polis untuk kejayaan bagi menghalang dan mencegah berlakunya jenayah. Nombor telefon Balai Polis Bagi: 03-89258222, Ketua Polis Balai, Sub Insp Ramlan bin Din: 013-363 1080 dan Penolong Ketua Polis Bangi, Sjn Amir bin Aris: 019-377 3287. Sila muatkan di dalam ingatan dan senarai ‘speed dial’ telefon bimbit masing-masing supaya dapat diambil tindakan segera untuk melapor dan mendapat bantuan mengenai jenayah.



Sama-sama kita membenteras jenayah dengan menyalurkan maklumat-maklumat mengenai jenayah kepada pihak Polis. Sila hebahkan kepada semua penduduk skim melalui yahoogroups masing-masing. Sekian, Terima kasih.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,



1. Musim tengkujuh masih berlarutan, kita semua tidak mahu musim pecah rumah yang telah berkurangan sejak kebelakangan ini berulang lagi bermaharajalela di BSP. Kes pecah rumah terbaru yang dilaporkan berlaku ialah pada 01 Dis 2009 di No. 31, JSP 3/G (D’Sentral 6A). Suri rumah yang bangun dari tidur diawal pagi menyedari dompet duitnya telah beralih tempat dan mendapati semua wangnya dianggarkan lebeh kurang RM300.00 telah tiada. Beliau mengesyaki sesuatu telah berlaku lalu memeriksa dan mendapati barang-barang iaitu sebuah Laptop, 2 unit External HD, sebuah Kamera Digital, sebuah LCD Projector, sebuah telefon bimbit dan barang-barang kecil yang lain telah hilang. Tiada kesan pecah masuk di rumah tersebut. Rumah dipasang gril dan tiada ‘alarm system’. Mangsa mengesyaki saspek memasuki melalui tingkap tingkat atas di bilik tidurnya kerana tidak ditutup/dikunci dan saspek memasuki melalui gril yang mana rekabentuk petak gril yang dipasang luas dan boleh dibolosi oleh badan kecil atau kurus.



2. Malang tidak berbau, inilah selalu yang dikatakan dan kita semua tidak akan tahu dan mengenali bila jenayah akan berlaku. Apa yang dapat diperingatkan supaya setiap skim mengwujudkan kawalan keselamatan masing-masing samada melantik syarikat kawalan keselamatan atau dilakukan sendiri oleh penduduk-penduduk dengan mengadakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk menghalang dan mencegah dari perlakuan keji penjenayah-penjenayah yang tidak bertanggungjawab. Suka saya memetik teks pandangan dari OCS mengenai SRS iaitu: “Saya cadangkan diadakan SRS (skim rondaan sukarela) yang dijalankan oleh penduduk dan dipantau serta turut serta oleh Polis. Kerjasama dari masyarakat untuk membenteras jenayah amat dialu-alukan. Apa saja cadangan orang awam untuk membantu pihak Polis mencegah dan membenteras jenayah amat sangat dihargai”.



3. Bersama-samalah kita membenteras jenayah. Diharapkan mesej ini dapat dikongsi bersama dengan memanjangkan kepada semua penduduk melalui yahoogroups masing-masing.



Wassalam dan salam sejahtera.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB




--------------------------------------------------------------------------------

From: Norizan Sulaiman [mailto:nsizan@umland.com.my]
Sent: Monday, November 30, 2009 2:55 PM
To: 'bspinduk@yahoogroups.com'
Cc: 'tgng@umland.com.my'; 'Aziz'; 'Yasmin Daud'; 'Ramlan Din'
Subject: JENAYAH INDEK - PECAH RUMAH



Semua Penduduk Yang dihormati,



Satu kes pecah rumah berlaku di No. 37, Jalan Seri Putra 3/L. Penghuni balik ke rumah lebeh kurang jam 8.00 malam pada 29 Nov 2009 mendapati rumahnya telah dipecah masuk melalui sliding door. Barang-barang yang dilaporkan hilang ialah sebuah laptop dan sebuah TV.



Sekian, sila hebahkan untuk makluman bersama.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

YBhg Dato’/Tuan/Puan yang dihormati,



1. Dua kejadian pecah masuk rumah telah berlaku di BSP pada 14 Jan 2010 seperti berikut:



1.1. No. 11 Jalan SP 3/N (D’Sentral). Tuan rumah kembali dari kerja lebeh kurang jam 3.30 petang mendapati rumah telah dipecah masuk melalui ‘sliding door’. Rumah dipasang dengan gril dan tiada ‘alarm system’. Barang-barang yang dicuri ialah sebuah TV LCD 32” dan sebuah Decorder Astro.



1.2. No. 13, Jalan SP 3/N (D’sentral). Sekembalinya tuan rumah dari kerja lebeh kurang jam 6.30 petang mendapati rumah telah dipecah masuk melalui ‘sliding door’. Rumah dipasang gril dan tiada ‘alarm system’. Barang-barang yang dicuri ialah 1 set Komputer Meja, sebuah Decorder Astro dan sebuah Hi-Fi.



2. Sekian, diimaklumkan untuk pengetahuan semua. Sila salurkan kepada semua komuniti masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga. Merujuk kepada statistik jenayah indek, kejadian terakhir pecah masuik rumah yang berlaku ialah pada 01 Dis 2009 di No. 31, Jalan SP 3/G.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Penduduk Yang Dihormati,



Kes terbaru di No. 15, Jalan Seri Putra 2/5H dipecah masuk pada 19 Jan 2010. Penghuni keluar bekerja LK jam 8.00 pagi kembali LK jam 6.45 petang mendapati rumah telah dipecah masuk melalui tingkap tepi (rumah corner lot). Gril tingkap dikopak, rumah tiada dipasang ‘alarm system’. Barang-barang yang hilang dianggarkan RM15,000.00 iaitu sebuah jam tangan Omega, permainan PS2, sebuah VideoCam, sebuah Digital Camera dan barang-barang kemas.



Sekian untuk makluman semua. Sila panjangkan kepada semua komuniti di skim masing-masing.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Pada hari ini, 24 Feb 2010, lebih kurang jam 3.05 pagi rumah Dato’ Hj Zakaria, No. 13, JSP 8/12 telah cuba dipecah masuk oleh penjenayah yang tidak diketahui arah datangnya. Penjenayah telah memotong pagar rumah di tiga lokasi tepi dan belakang rumah. Sila lihat gambar-gambar yang disertakan. Dato’ Hj Zakaria sedar dari tidur apabila alarm berbunyi lalu memerhati di luar rumah dan ternampak kelibat 4 orang melarikan diri mengikut lubang pagar yang telah dipotong.



Laporan Polis telah dibuat oleh Dato’ Zakaria dan Polis Bangi serta Bahagian Jenayah, IPD Kajang telah hadir membuat pemeriksaan untuk mendapatkan kesan-kesan yang boleh membantu penyiasatan ini. Manakala Pengawal Keselamatan di Pos LB, semuanya telah dimaklumi supaya lebih kerap membuat rondaan dan mengawasi kawasan-kawasan yang dijangka menjadi gerakan penjenayah-penjenayah ini. K9 juga telah diarahkan sentiasa bergerak membuat rondaan dan pemantauan dikawasan-kawasan strategik.



Diharapkan emel ini dapat disalurkan kepada semua penduduk-penduduk LB yang tidak dialamatkan supaya bersama-sama berwaspada dan memastikan rumah masing-masing berada di dalam selamat. Semua lampu rumah di kawasan luar rumah hendaklah dihidupkan supaya jelas dan dapat dilihat sebarang pergerakan yang diragui oleh pengawal-pengawal semasa membuat rondaan. Sebagai pencegahan Alarm System juga hendaklah diaktifkan (tidak lupa) kerana ini dapat membantu dan memberi bantuan apabila penggera tersebut berbunyi.



Sekian, bersama-samalah kita menitikberat dan mementingkan keselamatan disekeliling kita dan juga seluruh BSP. Kita telah merasa lega setelah sekian lama tidak ada berlakunya pecah masuk rumah di BSP jika dibandingkan dengan kejadian di Bukit Mahkota, Impian Putra serta Bangi. Kes terakhir berlaku di BSP ialah pada 14 Jan 2010.



Wassalam.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Salam.



Kes pecah masuk rumah berlaku lagi buat kali keduanya dalam masa 3 hari di Lot Banglo pada 27 Feb 2010 lebih kurang jam 3.00 pagi iaitu di rumah Dato’ Manap dialamat No. 6, Jalan SP 8/11. Semasa kejadian saya berada luar kawasan BSP kerana bercuti dan baru hari ini masuk bekerja. Semasa kejadian, pagi tersebut saya menerima laporan daripada Pengawal Keselamatan yang bertugas di Lot Banglo menyatakan berlaku pecah rumah di alamat seperti di atas. Terkejut juga kerana kes pertama di rumah Dato’ Zakaria pada 24 Feb 2010 belum reda ditimpa pula dengan kes kedua ini.



Penjenayah pecah masuk rumah melalui pintu dapur dengan mengumpil gril dan memecah pintu tersebut. Dato’ Manap yang ketika itu tersedar dari tidur kerana terdengar sesuatu pergerakan di dalam rumahnya lantas bangun. Dengan memegang sebatang kayu lalu membuka pintu bilik dan dengan tidak diduga seorang penjenayah telah berada di depan pintu biliknya dengan memegang sebilah parang lalu Dato’ Manap memukul tangan penjenayah yang memegang parang dan terus menutup semula pintu bilik lantas menghubungi Polis dan Pengawal Keselamatan bertugas untuk mendapatkan bantuan. Rumah tersebut tiada menggunakan alarm system.



Tiada kecederaan ke atas penghuni rumah dan juga tiada kehilangan barang-barang yang dilaporkan. Nampaknya penjenayah ini tidak “jemu” dan bertambah berani melakukan gerakan jenayah mereka walaupun mereka tahu pihak Pengawal Keselamatan sentiasa berkawal dan membuat rondaan. Sesuatu perkara yang lebih agresif perlu difikirkan bagaimana untuk mematahkan mereka bukan sahaja pecah masuk rumah tetapi tidak dapat memasuki BSP. Bersama-samalah kita memikirkan dan sama-sama kita mencegah dan menghapuskan jenayah.



Wassalam.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Maklumat dari blog Bandar Seri Putra
http://www.bandarseriputra.info/



08/03/10 10:28
wan: Sila hubungi BP BSP 03-89258222 sekiranya kedua-dua suspek ini didapati berlegar di kawasan kejiranan anda
08/03/10 10:27
wan: laporan dari BP BSP - 2 org dipercayai berbangsa india, menaiki motorsikal jenis honda c90 lampu petak, dilaporkan melakukan jenayah pecah rumah di kawasan BSP.
08/03/10 10:24
wan: sila perhatikan sebuah kereta saga lama berwarna kelabu..sekiranya mereka dlm keadaan mencurigakan sila hubungi BP BSP 03-89258222

Afzan said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.



Semua penduduk yang budiman,



1. Kes baru pecah masuk rumah dan kecurian yang dilaporkan berlaku seperti berikut:-



1.1. No. 2, Jalan Seri Putra 6/6. Rumah ditinggalkan pada 05 Ogos 2010 dan kembali pada 16 Ogos 2010 mendapati telah dipecah masuk melalui pintu sisi rumah. Barang yang hilang ialah TV LCD 32”, beberapa barang-barang cenderahati dan kad Astro.



1.2. No. 32, Jalan Seri Putra 2/3J. Meninggalkan rumah dua minggu lepas dan sekembalinya ke rumah pada 16 Ogos 2010 mendapati rumah telah dipecah masuk. Barang yang hilang ialah set karaoke, pemain DVD dan decorder Astro.



1.3. No. 30, Jalan Seri Putra 2/3J. Pada 16 Ogos 2010, balik dari kerja lebeh kurang jam 2.00 petang mendapati ‘double stand’ motorsikal telah dicuri.



2. Penduduk-penduduk diminta sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan pergerakan aktiviti penjenayah ini. Menjelangnya perayaan kejadian pecah masuk rumah, kecurian dan sebagainya banyak berlaku di mana-mana jua, begitu juga dengan kemalangan jalanraya dan kejadian-kejadian buruk seperti yang tersiar di muka-muka akhbar. Kepada penduduk-penduduk yang akan meninggalkan rumah sehari dua atau dalam jangka masa yang lama dinasihatkan memberitahu Balai Polis dengan mengisi borang yang telah disediakan di Balai Polis supaya mereka dapat membuat rondaan ke rumah-rumah yang ditinggal tersebut. Nombor telefon Balai Polis di Bandar Seri Putra 03-8925 8222. Sila salurkan emel ini kepada semua penduduk skim masing-masing sebagai makluman beringat-ingat……



Wassalam.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB



UNTUK SEMUA SKIM:



Sila berikan alamat emel groups skim masing-masing kepada saya dialamat nsizan@umland.com.my supaya sebarang perkara/maklumat hendak disampaikan dapat disalurkan terus ke pengalamat.

Afzan said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.



Semua penduduk yang dihormati,



1. Dua kes baru pecah masuk rumah dilaporkan pada 19 Ogos 2010:-



1.1. No. 37, Jalan Seri Putra 3/L. Meninggalkan rumah awal pagi dan sekembalinya LK jam 5.30 petang mendapati rumah telah dipecah masuk. Keseluruhan rumah telah diselongkah dan tiada kerugian yang dilaporkan.



1.2. No. 10, Jalan Seri Putra 2/3D. Dipecah masuk pada 18 Ogos 2010 yang disedari dan ditegur oleh jiran apabila penjenayah keluar dari rumah tersebut dan lari menaiki kereta Satria (nombor palsu) seramai 3 lelaki. Kerugian tidak dapat dimaklumkan.



2. Ekoran daripada kejadian ini, masih terdapat penduduk-penduduk yang tidak tahu nombor telefon Balai Polis Bangi di Bandar Seri Putra. Satu kerugian kerana penjenayah tidak dapat dihalang atau ditangkap ekoran daripada maklumat lambat sampai kepengetahuan Polis. Adalah dinasihatkan supaya nombor telefon Balai Polis direkodkan di dalam ‘speed dial’ HP masing-masing supaya ianya dapat digunakan dengan pantas. BALAI POLIS BANGI DI BANDAR SERI PUTRA 03-8925 8222



Wassalam.



Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Afzan said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Satu lagi kejadian pecah masuk rumah di No. 12, JSP 2/5E dilaporkan petang, 22 Nov 2010. Tuan rumah telah beberapa hari tiada kerana ke luar negara. Abang ipar kepada tuan rumah datang melawat lebeh kurang jam 6.00 petang, 22 Nov 2010 mendapati rumah telah dipecah masuk melalui pintu depan. Keseluruhan rumah telah digeledah dan laporan polis telah dibuat olehnya dan melaporkan sebuah laptop dan sebuah Iphone jenis Apple telah dicuri.



Hebahkan kepada semua komuniti dan berhubunglah dengan Balai Polis ditalian 03-8925 8222 jika disyaki atau dicurigai terlihat kelibat penjenayah-penjenayah yang berkeliaran. Pencegahan awal lebeh bermakna walaupun maklumat yang disampaikan tidak berkaitan jenayah kerana ini akan dapat menghalang atau ditangkap jika ianya benar-benar penjenayah. Bantulah dengan memberi maklumat kepada pihak Polis untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan dikawasan BSP.



Sekian, dimaklumkan.