Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Thursday, November 27, 2008

Kawalan Keselamatan

Untuk makluman, kawalan keselamatan akan diadakan bermula pada bulan Disember 2008.

Kawalan keselamatan melibatkan empat (4) pengawal iaitu dua (2) pada waktu siang dan dua (2) lagi pada waktu malam.

Bayaran yang perlu dikutip adalah RM40.00 sebulan dengan jangkaan min. 200 penduduk akan membayar bayaran tersebut. Kutipan akan dibuat dua (2) bulan sekali.

Kawalan akan dibuat secara monthly basis iaitu sekiranya kutipan bulanan tidak mencapai target, maka perkhidmatan kawalan keselamatan tidak dapat diadakan pada bulan berikutnya.

Oleh itu, sokongan semua penduduk NusaPutra adalah diperlukan. Surat makluman akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk NusaPutra.

Sekian. Terima kasih.

4 comments:

Afzan said...

Hasil daripada meeting AJK pada 29/11/2008 sabtu baru2 ini berkaitan perlaksanaan security, kesemua AJK bersetuju untuk menjalankan kaji selidik bagi menjalankan security samada penduduk bersetuju atau tidak dengan mengisi borang pengakuan. Ini utk tidak menimbulkan ketidak senangan apabila kutipan wang dijalankan. Detail berkaitan security akan diedarkan kepada penduduk secepat mungkin. Oleh itu, perlaksanaan security terpaksa ditangguhkan sehinggalah mendapat keputusan majoriti menyokong perlaksanaan security dengan bayaran tertentu.

Jabbar said...

Aisehhh... baru nak bertanya nak bayo pada sape nanti nih.. hu hu hu

Anonymous said...

Takper... biar lambat asal puas hati. Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat. Segalanya akan berkat. Tapi janganlah lambat sangat! Takut tak selamat...hehehe

livina said...

Dah Disember dah pun..hari nie dah 2hb....edaran borang soal selidik/borang persetujuan/borang pengakuan setuju masih belum diedarkan lagi...mungkin projek nie secantiknya dimulakan awal tahun 2009...jumlah RM40.00 seperti cadangan asal adalah berpatutan (pada pendapat saya..jgn marah)..sebaiknya tambah RM10.00 lagi untuk yuran keahlian persatuan....apa-apa hal pun saya berharap...berdoa..moga-moga segala pa jua daya usaha AJK-AJAK sedia ada dalam persatuan penduduk NUSAPUTRA nie berhasil..diberkati dan berjaya...kebaikan untuk semua....InsyaALLAH