Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Tuesday, October 7, 2008

Cadangan & Pendapat Kawalan Keselamatan

Saudara dan saudari sekalian,

AJK Persatuan Penduduk bercadang untuk mengadakan kawalan keselamatan secara tetap di D'Punchak NusaPutra.

Sebelum itu, mohon kerjasama daripada saudara dan saudari sekalian agar dapat memberikan cadangan dan pendapat berkenaan perkara ini.

Sila bincangkan perkara ini di sini.

[Nyatakan nama beserta no rumah/jalan di setiap posting anda. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan]

16 comments:

Afzan said...

Disini saya ingin membuat survey/mendapatkan pendapat/cadangan sekiranya untuk melaksanakan kawalan keselamatan ditempat kita spt mekanisma kutipan (kaedah kutipan) supaya kewangan sentiasa mencukupi, jumlah kutipan, kaedah bagaimana menguruskan kutipan supaya apabila dilaksana dpt dijalankan dengan jaya dan terbaik utk penduduk semua. Mohon memberi cadangan..Tq

Livina said...

SAYA SETUJUKKKKK....
Mungkin status pendaftaran pertubuhan Persatuan Penduduk PutraNusa belum selesai menghalang AJK membuat kutipan. Mungkin bimbang dari segi kesalahan disisi undang undang. Saya rasa kita perlukan dana terlebih dahulu.
Bukan macam projek kawalan keselamatan sempena cuti peryaan yang baru lalu. Persatuan kena terlebih dulu membuat kutipan berupa yuran bulanan yang bukan bertujuan untuk mengadakan kawalan keselamatan. Bila dana telah terkumpul barulah saya rasa digerakkan usaha perbincangan dengan pihak syarikat kawalan keselamatan. Ini pendapat saya, mungkin tak betul pada pandangan orang lain. Apa yang pernah saya lalui terdahulu sewaktu tinggal di Apartment Indah KL, begitu la yang kami lakukan.(Dengan pendaftaran pertubuhan selesai)Mula-mula kita bayar pada syarikat kawalan keselamatan, tapi perkhidmatan tidak cukup memuaskan dan bayaran agak tinggi, akhirnya kami menggajikan sendiri 3 pengawal keselamatan secara terus. Kami bekalkan baju uniform dan cota.Ini menjimatkan.Terpulanglah, kalau mengukur kejayaan kawalan keselamatan musim perayaan yang baru lalu, mungkin AJK lebih memahami. Bayaran hendaklah dibuat kepada...bukan dikutip...sebagai meringankan bebanan "kerja sosial/sukarela" para AJK. Warta dan war-warkan dimana penduduk boleh dengan mudah membuat bayaran.Saya rasa semua penduduk bersetuju dan semua penduduk mesti ada kesedaran tentang "bayaran" yang dikenakan. Cubalah dulu PERSATUAN membuat ketetapan bayaran bukan tujuan bayaran kawalan keselamatan. Kutipan lebih berupa yuran bulanan yang wajib bagi setiap penghuni rumah PUNCAK PUTRANUSA. InsyaAllah....

nokiasaya said...

Saya pun setuju jugak..Ni nak citer sket..ader la one day tu, ader sorang vendor datang kat opis bincang-bincang2 sket. Dia cerita yang dia baru beli rumah kat nusa putra puchong dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan. Memang lengkapla segala keselamatannya. Hinggakan kereta penghuni disana park di luar kawasan rumah, x risau langsung. Kat area dalam kawasan parking rumah bolehlah dibuat taman bunga ala-ala bali..hahaha :))..wallahualam..dengar orang cerita jer..tapi kalo boleh diimplimentkan kat area rumah kita best gak...regards

Afzan said...

Bagi pendapat saya, kutipan di Nusa Putra ni saya rasa baik kita khususkan utk aktiviti keselamatan sahaja...persoalan utk dipertikaikan mungkin pada saya adalah rendah. Untuk aktiviti berkaitan penduduk kita...mungkin kita buat kutipan apabila kita nak adakan aktiviti mcm family day ke....BBQ ke...Utk kos operasi spt photostat, pembelian kertas & etc mungkin kita boleh minta sumbangan AJK serba sedikit....Cadangan livina tu utk kita ambil security sendiri tu satu idea yg bagus...sebab kita yg akan manage sendiri..& kurangkan kos...tapi utk permulaan ni kita guna security dari syarikat security dahulu...& base on that kita dapat nilai mcm mana...

lin said...

sedara afzan,
ni nak tanye...xclear la pasal duit nak byr security tu..act nak bayar kat mana? siape?...tlg bg clear sket...ramai yg xtau ni...tq

Livina said...

Nampak tak kat sini?
Masih ramai yang agak kurang mengetahui info-info penting.
Laman blog nie cuma satu dari berpuluh kaedah. Tak ramai yang jumpa atau masuk laman blog nie.Malh mungkin tak samapi 50% penduduk D'Puncak PutraNusa yang tau kewujudan laman blog nie.Saya cadangkan bukan setakat edaran berupa salinan photostat yang diletak dalam peti-peti surat setiap pintu (itu pun ramai yang tak baca, sebab banyak iklan promosi agen jualan pun berbuat begitu, kadang kadang habis basah kena hujan, tak sempat baca), saya rasa satu papan kenyataan/notice board diletak ditempat strategik. Hari tu saya cadang kat depan rumah Abang Halim, coner lot simpang masuk tu. (HAHAHA..sorry Bang)
Cubalah Saudara Afzan...usahakan..
dalam laman blog nie pun boleh adv..
Alamat rumah dan no hp AJK yang boleh menerima bayaran. Mereka akan datang buat bayaran.Tulislah bila waktu waktu yang dibolehkan. Maklumlah, AJK pun perlukan waktu waktu privacy mereka. Let say dari kul 8.30 hingga 10.30 malam setiap Isnin hingga Rabu dan 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap Sabtu..Ini contoh je la...sebab masa bulan puasa tu, ada penduduk kata, pergi rumah Cikgu Zainol, gelap, lampu takpasang. So, mungkin Cikgu Zainol pun ada urusan urusannya tersendiri..Takkan sepanjang tahun nak tunggu orang datang buat bayaran...ye tak?
Satu perkara lagi, maksud saya kutipan yang bukan bertujuan bayaran kawalan keselamatan tu...saya rasa Saudara Afzan tersalah tafsir. Bukan maksud saya buat kutipan lain terlebih dahulu untuk program seperti Hari Keluarga dan sebagainya. Persatuan mana-mana pun perlu ada YURAN AHLI...inilah yang saya maksudkan. YURAN AHLI ini perlu dikutip dulu. Kutipan ini yang akan kita panggil dana persatuan. Bila khidmat kawalan keselamatan sepanjang masa dilaksanakan, pada satu-satu bulan atau pada satu-satu ketika, penduduk tidak membuat bayaran atau maksud saya kutipan bulanan (contoh) JUN2009 kutipan kurang,penduduk lambat buat bayaran atau sebagainya, duit YURAN AHLI yang terkumpul inilah Persatuan dahulukan untuk bayaran khidmat itu. Tidak perlulah AJK-AJK mendahulukan duit poket. Macam BAYARAN KHIDMAT KAWALAN KESELAMATAN SEMPENA PERAYAAN baru baru nie, katkanlah AJK cuma dapatr mengutip RM2000...baki lagi RM1600 tu nak ambil dari mana? Takkan Cikgu Zainol nak dahulukan duit beliau sendiri.Kalau pun didahulukan, bila kawalan keselamatan sepanjang tahun, takkan setiap kalai tak cukup nak bayar kepada syarikat, Cikgu Zainol kena buat begitu. Saya rasa kalau begitu, setahun jek, Cikgu Zainol letak jawatan dalam Persatuan. Itu yang saya fikirkanlah. Memang fokus kita kepada KHIDMAT KAWALAN KESELAMATAN. Sebagai persatuan atau pertubuhan, Yuran Ahli perlu dikenakan juga bagi menjadikan dana persatuan. Bagaimana nak memperbanyakkan dana tu nanti pulak, kita fikirkan kemudian.
Waulahhualam

fuad said...

saya sokong sdr livina agar yuran ahli dikutip bagi menampung apa-apa kekurangan buat sementara di kala terdesak... mungkin setahun sekali sbb selalunya yuran ahli dibayar macam tu..

Livina said...

Yuran bulanan la Saudara Fuad..hehehe
katakan RM10 hengget
kalau nak bayar sekali bolehlah dikalikan jek ngan 12....
Pendapat saya la...Saudara Afzan leh buat servey..BULANAN atau TAHUNAN
Kalau ikut my past experience..mula-mula Persatuan kenakan RM10..lepas tu bila kita tambah khidmat kawalan keselamatan kita naikkan jadi RM60 hengget.
Tapi kalau ikut nilai RM hari ini la..apa yang boleh dibuat dengan RM50 hengget...dalam kehidupan harian kita la..
Terpulang...Waulahualam

Afzan said...

Lin, boleh bayar mana2 AJK yg tersenarai (upload dlm attachment AJK)..dekat saya pun boleh 013-3690461 atau cikgu zainol 019-2756642 kalau Nusa bleh call Faruk 019-9849793

Terima kasih cadangan tu...saya sokong...apa yg saya faham setakat ini paling peting mekanism macam mana kutipan...apa yg dicadangkan oleh Livina tu...bagus saya akan kumpulkan cadangan2 dari tuan/puan utk dibwh dlm meeting nanti. Tq

Pendapat saya RM12 setahun...setuju

Livina said...

RM12 hengget setahun?
saya tak fikir relevan..
tak pe la..cuba dapatkan persetujuan ramai...
saya rasa ianya tak memadai..ddan akan membantutkan banyak usaha persatuan dimasa akan datang..
Itu pendapat saya..ini semua pandangan hasil pengalaman lepas saya la...ini persatuan projek jangka panjang..mungkin sepanjang hayat kita...bila tabung persatuan tak kukuh...akhirnya pergerakannya akan lembab...yang akan berakhir pulak dengan kaku..langsung tak bergerak...
tak pe..saya bersetuju dahulu dengan cadangan Saudara Afzan..
untuk ketika ini...nanti saya bentangkan lagi rasionalnya...

Afzan said...

Cadangan tarikh mesyuarat keselamatan bila yg sesuai?....saya cadangkan mesyuarat diadakan dikalangan AJK..hasil keputusan akan dimaklumkan kepada penduduk....adakah perlu dibuat mesyuarat bersama kesemua penduduk selepas mesyuarat AJK? Mohon buah fikiran saudara/i....

Livina said...

Saya tak rasa perlu. AJK yang ada telah dilantik.Dalam erti kata lain telah diberi mandat oleh penduduk mencorak, mencerna, memajukan, melaksanakan apa juga aktiviti persatuan. Bila sudah dibentuk JAWATANKUASA itu, JAWATANKUASA itu berhak menentukan apa juga pelaksanaan yang difikirkan perlu, sesuai, berpatutan untuk pendudk yang dinaunginya. Jadi mesyuarat dan keputusan itu biarlah antara JAWATANKUASA sedia ada. JAWATANKUASA sediaadalah yang akan memperbincangkan usul, cadangan, pandangan dan perancangan dari buah fikiran mereka. Tak perlulah sekali lagi nak diajak kesemua penduduk. Bukan saya kata atau bermaksud bila ramai ramai nanti tak da apa satu pun keputusan yang dapat dicapai..tapi itulah yang kebiasaan terjadi. Contohlah..kerajaan yang telah dipilih rakyat deengan memberi mandat dalam pilihanraya akan membuat budget. Budget ini akan dibentang untuk dibincangkan dalam Dewan Rakyat dimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sahaja membicarakannya. Tak perlulah panggil semua rakyat bincangkan semua tu.

Lebih kurang macam tu la yang saya nak katakan. Semuga segala perbincangan dan keputusan adalah sebaik baik keputusan demi kebaikan semua penduduk Puncak Putra dan Puncak Nusa. Hasil mesyuarat tu, semua penduduk nak tau...ITU MESTI.

OK..Sampai ketemu lagi

Jabbar said...

Yuran tahunan 12 hingget / 18 hingget tu dah kira memadai dah. Jumlah keseluruhan rumah di Puncak NusaPutra melebihi 280 buah, jadi nanti akan terkumpul lebih RM3K. Fund tersebut boleh digunakan untuk cover apa2 program/aktiviti/perbelanjaan bagi persatuan termasuklah perishables seperti kertas, kos printing, kos petrol (utk rondaan keselamatan) dll.
Tapi persatuan mesti didaftarkan terlebih dahulu, kalau nak tengok undang2 tubuh boleh kontek Pak Ajis dan pinjam BSP Induk punya buat rujukan.
Buat pengetahuan semua, ada kejadian pecah rumah di kawasan D'Sentral dalam minggu ini, pencuri masuk pukul 6 petang lebih kurang.

Afzan said...

Mohon pendapat semua, disebabkan persatuan penduduk kita belum didaftarkan lagi....dengan mengadakan security mengunakan syarikat security, macam mana impak dari aspek perundangan berkaitan syarikat security jika berlaku permasalahan pembayaran kpd syarikat tersebut, siapa yg akan dipertanggungjawabkan....cuma ingin mohon pendapat saudara/i. Mungkin livina ada cerita/pandangan...

Jabbar said...

Kawan2 di Jalan Seri Putra 3/*huruf* dah mula employ pengawal. Setakat yang saya dengar, kat area tu ade yg tak setuju pakai sekuriti.. insiden "kita kena buat kajian kenapa perlu sekuriti.." tu berlaku di area tu le.
Tapi diorang tetap jalankan sekuriti juga.. memula dua lorong employ, latest ni dengarnya ade lagi 4 lorong nak join so that depa boleh reduce kos per house kepada RM30.
Nanti saya cuba tanyakan macamana depa mulakan operation.

Afzan said...

Kita akan adakan kawalan keselamatan bermula bulan depan (Disember) dengan kekuatan 2 pengawal siang n 2 pengawal malam....kos RM40.00/mth (target 200 penghuni bayar). Kawalan akan dibuat secara monthly basis..sekira kutipan tidak mencapai target..perkhidmatan akan tiada pada bulan berikutnya...Keadaan ini semua bergantung dari sokongan penduduk Nusa Putra. Surat makluman akan dikeluarkan oleh Jawatan kuasa penaja Nusa-Putra. Kutipan akan dibuat 2 bulan sekali...