Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Monday, September 8, 2008

Cadangan Rumah Terbuka Aidilfitri 2008

Pihak AJK Persatuan Penduduk bercadang untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri 2008 khusus untuk Phasa 7 seperti tarikh dan tempat di bawah:

TARIKH : 2hb NOVEMBER 2008 (AHAD)
TEMPAT : PADANG PERMAINAN BERSEBELAHAN TAPAK SURAU

Antara yang dijangka akan hadir adalah wakil daripada pihak Bangi Height, JAIS, MAIS, Polis...

Sebarang maklumat berkenaan dengan aturcara, menu serta kutipan sumbangan akan dimaklumkan kemudian. Sebahagiannya akan dibiayai oleh pihak Bangi Height. Insya-Allah.

Terbaru :
Tarikh rumah terbuka telah ditetapkan seperti tarikh di atas. Harap maklum!

11 comments:

Afzan said...

Majlis sambutan hari raya ini adalah atas usaha AJK penaja surau phasa 7 dan AJK2 penduduk D'punchak Unggul, Princeston, Nusa n Putra. Majlis ini akan disponsor oleh Bangi Height spt makan, khemah, kerusi, perlatan audio. Antara jemputan yg akan dijemput adalah Bos2 UMLand, JAIS, MAIS, MPKj, Polis, wakil persatuan penduduk BSP dan berkemungkinan radio IKIM...mengikut AJK penyelaras Pak Rano D'Punchak Unggul.

Diharap penduduk dapat meluahkan masa dan meramah mesra n saling mengenali antara satu sama lain pada hari tersebut.

Anonymous said...

Bro, saya terpanggil untuk mencoret respon tentang majlis tersebut.

Saya memikirkan ini merupakan salah satu agenda, untuk kita bersama-sama berkumpul dan beramah-mesra.

"Tak kenal maka tak cinta"

Namun demikian, saya memikirkan dapat kiranya saudara mengepalai satu majlis rumah terbuka bagi jalan 2/4D...kita kena mulakan.

Cadangan saya:

AJK Persembahan: Rahiman
AJK Jamuan: Nazrul
AJK Tempat: Razali
AJK Basuh Pinggan: Rafi
AJK Publisiti: Cikgu
AJK BBQ: Afzan

dan berapa banyak AJK dah...

Untuk menu kita kita bagi mengikut blok contohnya...Blok kita Lomang & Rondang...dll.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Livina said...

Saya setuju ngan projek nie.Antara platform atau tools untuk kita saling mengenali dan mendekati.Mengukuhkan ukhwah dan kejiranan. Dulu waktu saya tinggal di KL, begitulah pendudk apartment kami mengeratkan silaturrahim antara jiran. Kami adakan program Hari Keluarga, kebiasaannya bulan Mac, Majlis Rumah Terbuka begini setiap Aidilfitri dan beberapa sessi gotong-royong (mengecat lot parking umpamanya). Saya rasa AJK tambahan yang dilantik sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Penaja dulu harus lebih berperanan. AJK-AJK Jalan-Jalan (2/5,2/5G dan sebagainya) lebih pro aktif sebagai Exco/Wakil Rakyat. AJK Induk lebih berperanan sebagai Ahli Parlimen yang akan menyelesaikan isu-isu yang lebih besar. Saya juga berharap Persatuan lebih kerap bermesyuarat dan menghebahkan hasil mensyuarat. Kembarkan disini minit-minit mesyuarat agar lebih ramai penduduk mengetahui perkembangan semasa aktiviti Persatuan. Kalau kutipan "Kawalan Keselamatan Musim Perayaan" ini berjaya, saya rasa kita boleh menggerakkan kutipan lain untuk kawalan keselamatan sepanjang masa. Janganlah hendaknya kelulusan pendaftaran persatuan ini menjadi isu pertikaian penduduk mahupun AJK. Hendak seribu usaha, tak hendak seribu daya.

Fuad said...

Encik anonymous, di harap boleh sertakan nama apabila memberi komen.

afzan said...

untuk makluman, majlis sambutan aidilfitri phasa 7 yg akan diadakan pd 18hb oktober akan ditunda pd tarikh lain...mengikut makluman timbalan pengerusi 1 surau

ibnu marzuki al firdaus said...

ORG LUAR BLH JOIN?

ibnu marzuki al firdaus said...

blh gak knl2 nanti!

afzan said...

Saya tak sure..nanti saya cuba tanya AJK penganjur..dulu ok

Jabbar said...

TAHNIAH buat Afzan, Cikgu Zainol dan rakan2 atas kejayaan Rumah Terbuka Aidilfitri tempohari.
Secara peribadi saya bangga kerana kita mempunyai kumpulan kerja yang mantap dan komited dalam komuniti kecil kita ini.
Cuma untuk program serupa akan datang, cadangan saya kita perlu tambahkan infrastruktur sebab khemah haritu tak cukup.

Afzan said...

terima kasih di atas sokongan semua...

Afzan said...

Mungkin lepas ni kita bleh buat family day plak...