Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Tuesday, August 12, 2008

Mohon Sumbangan Untuk Sewaan Surau Sementara

Adalah dimaklumkan bahawa AJK Penaja Surau Phasa 7, gabungan di antara D'Punchak Nusa, Putra, Unggul, Aman dan Princeton Residences, telah sepakat untuk menyewa salah sebuah lot rumah no. 218 Jalan 2/4C untuk dijadikan sebagai surau sementara. Kos sewaan adalah RM400 sebulan.

Adalah dijangkakan bulan September 2008 ini rumah tersebut dapat dijadikan surau sementara.

Oleh itu, AJK Penaja Surau Phasa 7 juga telah sepakat untuk mengutip sedikit sumbangan, iaitu RM20 (Ringgit : Dua Puluh Sahaja) sebulan atau lebih (dialu-alukan) daripada semua penghuni bagi tujuan murni ini untuk:

i) aktiviti surau,
ii) kos sewa & peralatan surau sementara
iii) utk kos-kos berkaitan surau baru

Sumbangan dan pertanyaan boleh disampaikan kepada:

a. Hj. Shukri (Bendahari Surau) - D'Punchak Putra - 019 9247133
b. Hj. Manan - D'Punchak Unggul - 012 2529721

2 comments:

Anonymous said...

nak kasi jadikan surau tu pun kena minta sewa ker.. ? owner dia bukan islam ker... amal jariah bawa ke kubur kelak...

bayar api & air boleh ler collect...sorry...

Afzan said...

Untuk makluman penduduk NusaPutra, surau sementara tidak dapat diteruskan kerana ada masalah teknikal.

Just nak Update, tapak surau telah diluluskan oleh JAIS n MAIS. Status sekarang untuk mendapatkan kelulusan kutipan derma dan mendapatkan kelulusan LHDN untuk mengeluarkan surat pengecualian cukai ke atas nilai yang didermakan spt yg dimaklumkan oleh AJK Surau.