Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Thursday, August 28, 2008

Kutipan untuk pengawal keselamatan

Mengambil kira cuti yang panjang pada musim perayaan Hari Raya nanti serta kes pecah masuk terbaru yang melibatkan salah seorang penghuni di Jalan Seri Putra 2/4C,

maka pihak AJK Persatuan bercadang untuk mengambil pengawal keselamatan / security guard untuk kawalan selama satu minggu dan 24 jam sehari.

Anggaran kutipan yang perlu bagi setiap rumah adalah RM30.00 dan ini adalah berdasarkan kepada jumlah 200 buah rumah di Punchak Nusa dan Putra mengambil bahagian dalam kutipan tersebut.

Terima kasih.

16 comments:

sofieyan said...

Salam Afzan
Berkenaan dengan kutipan untuk pengawal keselamatan untuk kawalan selama 10hari & 24jam sehari di NusaPutra pada musim perayaan Hari Raya nanti.
Saya dan rakan² serta jiran² sekadar inginkan penjelasan kerana pada 29/08/2008 yang lepas saya telah menerima SMS yang mengatakan “cadangan untuk hebahan-mengadakan kawalan selama 10hri 24hr setiap rmh RM20 bermula 29/9 hgg 9/10, kutipan dibuat oleh ajk”…..sebaik saja menerima SMS tersebut saya telah hebahkan kepada rakan² & jiran² sekitar bahawa kutipan untuk kawalan musim raya nanti adalah RM20 untuk setiap rumah seperti yang dicadangkan utk hebahan…..
Tetapi….pagi tadi saya telah menerima pula SMS yang berkaitan dengan kawalan untuk hari raya juga tetapi mengatakan “kita akan buat kutipan RM30 setiap rmh utk security dr 27/9-6/10 utk cuti raya..hrp maklum kpd pddk dikaw tuan”
Harap dapat beri penjelasan kerana ini adalah antara suara²/persoalan² daripada rakan²/jiran² :
1. Kenapa RM30 untuk setiap rumah kerana cadangan awal adalah RM20 dan hebahan telah dibuat kepada rakan² & jiran² 
2. Jika berlaku juga kecurian adakah syarikat keselamatan akan menbayar kerugian?
3. Adakah semua penduduk yang membayar untuk kawalan selama 10hari tersebut di insurankan?
Adalah lebih baik segala cadangan dan perkara² yg hendak dilaksanakan dibawah aktiviti Persatuan NusaPutra dihebahkan melalui surat formal yang lengkap signature setiausaha dan pengerusi , ini adalah untuk memastikan bahawa hanya maklumat² yang telah dipersetujui/diluluskan akan disebarkan/dimaklumkan kepada kawan²/jiran²/penduduk² .
Terima kasih.

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan cadangan saudara Sofieyan mengenai penghebahan melalui surat yang formal yang mana menjelaskan tujuan & skop perkhidmatan kawalan berkenaan. Ttg kadar bayaran tu tak kisah sangatlah asalkan kita dapat perkhidmatan yang terbaik & dapat balik berhari raya dengan hati yang tenang.

Sekadar berkongsi pandangan....

Afzan said...

Sdr. sofieyan,
Berkaitan dengan rm20 ke rm30 tu, berdasarkan discussion dgn AJK and survey secara kasar kutipan sebanyak rm20 berkemungkinan tidak cukup jika jumlah penduduk akan membayar tidak sampai 200 rumah. Jadi saya memilih rm30 kerana minimum target yg akan bayar 110 rumah. dan jika melebihi kita akan simpan sebagai tabung utk kegunaan security.
Utk makluman sdr sofieyan n semua, kita akan menggunakan syarikat security Ehsan bersama penduduk princeston & diketahui oleh biro keselamatannya Pak Aziz. Syarikat Ehsan security akan membuat penambahan sebanyak 6 org utk kawalan Nusa n Putra. Berkaitan insurance, Mengikut apa yg saya discuss bersama Pak Aziz, Syarikat Ehsan security meminsurankan setiap rumah yang dibwh kawalannya.
Terima kasih diatas maklum balas Sdr Sofieyan ini kerana dpt memberi input utk memperbaiki lagi komuniti kita..salam

sofieyan said...

Salam Afzan,

Terima kasih di atas penjelasan yang diberikan dan seperti comment/cadangan saya sebelum ini. Adalah lebih baik segala perkara yang melibatkan aktiviti Persatuan NusaPutra dihebahkan secara formal terutamanya yang berkaitan dengan RM untuk mengelakkan prasangka² yang tidak diingini yang berbangkit dihari² kemudian.

Saya yakin penduduk NusaPutra inginkan penjelasan yang lengkap untuk setiap tujuan/objektif yang dilaksanakan dibawah nama Persatuan NusaPutra dan saya juga yakin hanya segelintir penduduk NusaPutra sahaja yang mengetahui blog NusaPutra (http://bspnusaputra.blogspot.com) & Forum Komuniti Bandar Seri Putra & Bandar Bukit Mahkota (http://putra-mahkota.com/forum/index.php)

Untuk hebahan dihari² kemudian boleh juga Azfan hebahkan melalui email kepada setiap AJK dan AJK akan forward pula email tersebut kepada penduduk² NusaPutra yang berkenaan……ia juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos berbelanjaan seperti kos photostat dan ia juga menjimatkan masa :-)

Sekadar berkongsi pendapat/idea
Terima kasih

Afzan said...

Saya bersetuju dgn pendapat sdr sofieyan...just nak tanya sdr sofieyan masa ditempat lama (sebelum berpindah ke seri putra) sdr sofieyan ada terlibat dlm persatuan penduduk? disebabkan AJK termasuk saya agak baru dlm berpesatuan ni...

Walau apa pun saya berharap sangat kita dapat membantu bagi meningkatkan lagi hubungan komuniti kita ini...

sofieyan said...

Saya tidak pernah menjadi AJK dalam mana² persatuan penduduk sebelum berpindah ke Seri Putra….. segala pendapat dan idea adalah daripada pengalaman kawan² & sahabat² yang pernah terlibat dalam persatuan penduduk. Saya cuma memberikan pandangan/pendapat/pengalaman yang boleh kita kongsi bersama untuk merapatkan/memudahkan segala urusan komuniti di NusaPutra.

Diharapkan sahabat² NusaPutra yang lain bersama-sama memberikan pendapat²/idea²/komen² berkaitan persatuan penduduk supaya ia sedikit sebanyak dapat membantu/memudahkan/mempertingkatkan urusan Persatuan Penduduk NusaPutra. Bak kata pepatah melayu “Bersatu Kita Teguh” :-)

Moga segala usaha dan urusan berkaitan Persatuan Penduduk NusaPutra dimudahkan ALLAH SWT

Terima kasih

afzan said...

berkaitan dengan insuran oleh syarikat keselamatan ni..saya ada discuss detail dengan Pak Aziz biro keselamatan prienceston, apabila berlaku pecah rumah & pembayaran kerugian akan dibuat oleh syraikat insuran yg diambil oleh syarikat keselamatan...syarikat insuran akan membuat siasatan dan akan lihat samada kecurian berlaku disebabkan oleh kecuaian penghuni rumah atau pun tidak. Bercakap berkaitan kecuaian, kecuaian ini termasuklah rumah tidak dikunci dengan baik, tiada sistem pengera keselamatan (alarm system) & lain2..so maksudnya agak susah utk dpt claim ni...cuma ia hanya dapat mengurangkan risiko akan berlakunya kes pecah rumah atau kecurian.

Baru-baru ini pihak security princeston ada menghalang/mengusir 2 lelaki bermoto (tiada no. plat)yg cuma mengambil gambar disekitar perumahan unggul n princeston pada waktu siang....motifnya tidak diketahui. Apabila pengawal cuma menahan mereka cabut lari....diharap penduduk kita sentiasa berwaspada

Fuad said...

"tiada sistem pengera keselamatan (alarm system)"... kalau ni digunakan sebagai alasan, memang sah tak dapat claim la tu!

Tapi, rasanya elok jika pengawal keselamatan kawal laluan masuk macam masa mula-mula dapat kunci dulu selain daripada rondaan.

Livina said...

Saya rasa perkhidmatan kawalan keselamatan untuk tempoh musim raya ini kita jadikan macam pilot projek la...kayu pengukur sejauh mana kebersamaan kita diPuncak PutraNusa nie...kalau jadi dengan jayanya...kita mungkin boleh meneruskan untuk projek pengawal keselamatan sepanjang tahun...ini bab fees nie dulu masa saya duduk KL...apartment yang menyediakan perkhidmatan pengawaal sepanjang masa sepanjang tahun untuk tempoh 12 tahun saya menghuni disitu...memang masalah bila berkaitan kutipan...sebulan cuma RM105 sahaja...termasuk api air dan management seperti salur bilik air sumbat dan penyelengaraan atap appartment..ada yang tertunggak sampai 4 tahun..perkhidmatan terima sama seperti orang lain yang membayar...tak ramai la..dari 199 pintu ada 4 pintu sahaja...
Saya berharap jgn terlalu banyak pertikaian ditimbulkan buat peringkat awal ini...

puterawaja said...

Tahniah dan Syabas kepada khairiah D'Puncak NusaPutra atas komitmen dan sokongan dalam merealisasikan usaha murni memakmurkan persekitaran kita. Hal ini memungkinkan pepatah Melayu 'bulat air kerna pembetung, bulat manusia kerna muafakat'. Melalui cadangan kawalan keselamatan, saya melihat usaha AJK Penduduk begitu komited atas sokongan serta dokongan khairiah kita. Mana mungkin perkara baik kita tidak memberi sokongan...walaupun ada yang mengkritik TETAPI saya percaya setiap perkara kerna ALLAH pasti mendapat impak yang baik.

"Jangan terhantuk baru terngadah" baru kita bersikap POYO (kata anak-anak muda kita), baru kelam-kabut tiada gunanya. Sekadar coretan...

Saya memikirkan bahawa usaha murni AJK kita amat-amat relevan dan sebagai komuniti, apa salahnya kita bersatu tanpa memikirkan soal darjat atau kedudukan...DAN saya percaya, di bawah kepimpinan Saudara AFZAN dan AJK amat matang dalam mewujudkan komuniti yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Syabas dan Tahniah.

putra88 said...

Tahniah atas usaha beberapa orang AJK yang bersusah payah pergi dari rumah ke rumah (kadang-kadang tu ada yang taknak buka pintu, agaknya)bagi menjalankan kerja sukarela bagi kebaikan dan kesejahteraan komuniti kita. Semoga Allah merahmati usaha murni sdr-sdr sekelian.

Afzan said...

Sebenarnya bagi pandangan saya, kawalan keselamatan di musim perayaan ni lebih khusus kepada keselamatan org yg tidak balik kg sebenarnya...ini lebih tinggi risikonya...

afzan said...

Just nak buat survey, berapa RM average kutipan yg kita nak kutipan sekiranya kita nak buat kawalan tetep nanti? Berdasarkan kutipan yg kitapan tempoh hari..target kutipan seramai 200 rumah (min) tak semua dpt dikutip pd tempoh yg kita target. Target kita supaya kawalan keselamatan yg kita sama2 wujudkan ini dapat diadakan selama mungkin....adakah faktor RM?

Anonymous said...

Di mana letaknya pusat komuniti kita? Di mana temapt nak jelaskan kutipan kawalan keselamatan?

LIVINA said...

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.Baru hari nie naik kerja. Adoi...raya sakan..hahahaha..
Tahniah dan sekalung penghargaan buat AJK Persatuan Penduduk PutraNusa atas kejayaan projek kawalan keselamatan musim perayaan. Mana-mana penduduk yang masih belum menjelaskan bayaran RM30 tu kenalah juga membayar kepada Persatuan. Tidak adillah mendapat perkhidmatan tanpa membayar apa-apa...Soal dimana nak bayar, kat mana "pondok" atau "kaunter" komuniti bukan masalah besar sangat saya rasa...Afzan boleh paparkan alamat rumah..begitu juga Cikgu Zainol...atau Bendahari kita..atau AJK Lorong (Wakil Jalan-jalan).Bayaran boleh dibuat disini. Afzan, Cikgu Zainol dan AJK-AJAK lain...SYABAS INSPEKTOR SHAHAB ! ! !...Saya rasa cadangan kawalan sepanjang tahun boleh digerakkan secara proaktif mulai sekarang...soal RM saya rasa bukan penyumbang kepada keengganan komuniti nak menbayarnya...Kalau RM2 hengget pun orang "tak nak" atau "malas" nak bayar..dia takkan bayar gak...betul tak? Cuma kita perlukan edaran atau penerangan betapa pripentingnya segala yang kita lakukan ini. AJK perlu lebih dekat dengan komuniti...Permuahkan cara bayaran..hebahan kat rumah mana boleh buat bayaran...kalau leh "Maybank2u"...lebih memudahkan saya rasa...Apa-apa hal pun...nak buat ianya berjaya..kita kena yakin akan kejayaan itu..Think positive...Saya sentiasa menyokong segala perancangan dan pelan AJK-AJK sekelian...SEKALI LAGI...SYABAS dan TAHNIAH...

putra88 said...

Bagi saya perkhidmatan kawalan keselamatan semasa musim perayaan baru-baru ini amat memuaskan, setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Walaupun bercuti panjang, saya balik lewat ke kampung dan balik awal ke BSP dan dari pemerhatian saya, pengawal keselamatan yang kita lantik telah menjalankan tugas dengan memuaskan. Alhamdulillah, setakat ini tidak ada kedengaran berlaku kes pecah rumah di kawasan kita semasa musim perayaan itu. Sekiranya kawalan keselamatan ini hendak diteruskan sepanjang tahun, saya amat bersetuju. Akhir sekali, tahniah buat AJK yang berusaha untuk menjayakan rancangan ini dan kepada saudara-saudara kita yang belum membuat bayaran, tolonglah bayar. Jangan sampai AJK terpaksa menggunakan wang sendiri sebab kutipan tak cukup sedangkan perkhidmatan telah dinikmati.