Hebahan Terkini

-------------------------------------------------------------------

CUKAI

Sebagai peringatan, sila jelaskan cukai tanah dan cukai taksiran anda.

DENGGI

Kes demam denggi telah menular di persekitaran kita. Sila ambil langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak denggi.

-------------------------------------------------------------------

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Perbincangan dan hebahan berkenaan kawalan keselamatan, sila klik.

Hebahan terkini - 26/6/2009:

Pelan rumah penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan disertakan.

Tuesday, December 30, 2008

IIUM Montessori

Salam.

Terdapat pihak bercadang untuk mewujudkan tadika di kawasan kita.

Lokasinya adalah di No. 56 Jalan Seri Putra 2/4C.

Tetapi, antara syarat kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah adalah mendapatkan surat persetujuan daripada penduduk iaitu kita.

Sila bincangkan dan komen.

Terima kasih.
Selanjutnya..

Thursday, December 4, 2008

Kaji Selidik Perlaksanaan Kawalan Keselamatan

Untuk makluman semua, sebelum kawalan keselamatan diadakan, satu kaji selidik perlu diadakan.


Oleh yang demikian, borang akan diedarkan oleh AJK dalam masa terdekat. Borang perlu dikembalikan kepada alamat yang tertera dan pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Hanya borang yang ditandatangani akan diambil kira.

Borang juga boleh dimuat-turun di bahagian BORANG DALAM TALIAN.


Jika peratusan penduduk yang bersetuju untuk menyertai skim kawalan keselamatan adalah 70% dan ke atas, maka perkhidmatan kawalan keselamatan akan diadakan bermula pada bulan JANUARI 2009.

Sekian. Terima kasih.

Hebahan terkini - 26/6/2009

* Borang kaji selidik boleh didapati di bahagian Borang Dalam Talian:
* Penduduk yang bersetuju diadakan kawalan keselamatan seperti rajah di bawah:





Selanjutnya..

Thursday, November 27, 2008

Kawalan Keselamatan

Untuk makluman, kawalan keselamatan akan diadakan bermula pada bulan Disember 2008.

Kawalan keselamatan melibatkan empat (4) pengawal iaitu dua (2) pada waktu siang dan dua (2) lagi pada waktu malam.

Bayaran yang perlu dikutip adalah RM40.00 sebulan dengan jangkaan min. 200 penduduk akan membayar bayaran tersebut. Kutipan akan dibuat dua (2) bulan sekali.

Kawalan akan dibuat secara monthly basis iaitu sekiranya kutipan bulanan tidak mencapai target, maka perkhidmatan kawalan keselamatan tidak dapat diadakan pada bulan berikutnya.

Oleh itu, sokongan semua penduduk NusaPutra adalah diperlukan. Surat makluman akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk NusaPutra.

Sekian. Terima kasih.
Selanjutnya..

Sunday, November 16, 2008

Kes Kecurian dan Pecah Rumah

Email daripada En. Norizan bin Hj Sulaiman, Eksekutif (Keselamatan), Bangi Heights Development Sdn. Bhd. berkenaan kes kecurian pecah cermin kereta untuk makluman.


From: bspinduk@yahoogroups.com on behalf of Norizan Sulaiman
Sent: Fri 11/14/2008 9:45 AM
To: bspinduk@yahoogroups.com
Subject: [bspinduk] KEJADIAN KECURIAN PECAH CERMIN KERETA

Salam buat semua.

1. Adalah diingatkan kepada semua penduduk supaya berwaspada dengan kumpulan curi kereta dan kecurian dengan memecah cermin kereta yang kini menjadi-jadi. Baru-baru ini di dalam BSP telah berlaku tiga kejadian kecurian pecah cermin kereta seperti berikut: -

Pada 12 Nov 2008
Rumah No. 22, Jalan Seri Putra 6/7, kereta jenis Honda Accord semasa kejadian kenderaan diletak di luar rumah. Pemilik menyedari lebeh kurang pada jam 2130. Barang-barang yang dicuri ialah Speed Meter dan kerusi pemandu dan kerusi sebelah pemandu.

Pada 13 Nov 2008
Rumah No. 31, Jalan Seri Putra 3/D, kereta jenis Toyota Wish semasa kejadian kenderaan diletak di luar rumah. Pemilik menyedari pada pagi semasa hendak keluar pergi kerja. Barang-barang yang dicuri ialah DVD Player dan Smart Tag.

Rumah No. 22, Jalan Seri Putra 6/2, kereta jenis Proton Perdana semasa kejadian kenderaan diletak di luar rumah. Pemilik menyedari pada pagi semasa hendak keluar pergi kerja. Barang-barang yang dicuri ialah Speed Meter, Smart Tag dan lain-lain dokumen persendirian.

2. Maklumbalas yang diterima daripada pihak PDRM memberitahu semasa rondaan kawasan yang dilakukan mendapati banyak kenderaan penduduk diletak diluar rumah dan ini berkemungkinan kerana mempunyai kenderaan lebeh dari satu atau dua atau sengaja diletakkan di luar. Ini mengundang minat kepada kumpulan curi kenderaan menjalankan aktiviti yang sememangnya dinanti-nanti oleh mereka. Penduduk-penduduk juga diingatkan supaya tidak meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta yang menjadi daya penarik untuk mendorong mereka mencuri. Ada juga kenderaan mewah diletak di luar pagar rumah sebaliknya kereta yang “tidak mewah” diletak di dalam pagar rumah. Sebilangannya juga ada terdapat pintu pagar tidak ditutup dibiarkan terbuka dan tidak berkunci.

3. Diharapkan sebaran ini dapat dihebahkan kepada semua penduduk skim masing-masing supaya lebeh berjaga-jaga, berhati-hati dan mengambil berat keselamatan dan harga benda masing-masing.

Sekian, dimaklumkan.

Wassalam.

Norizan bin Hj Sulaiman
Eksekutif (Keselamatan)
Bangi Heights Development Sdn. Bhd.
Security Department
Tel : 03-8927 1611 Fax : 03-8922 1711

Selanjutnya..

Tuesday, October 7, 2008

Cadangan & Pendapat Kawalan Keselamatan

Saudara dan saudari sekalian,

AJK Persatuan Penduduk bercadang untuk mengadakan kawalan keselamatan secara tetap di D'Punchak NusaPutra.

Sebelum itu, mohon kerjasama daripada saudara dan saudari sekalian agar dapat memberikan cadangan dan pendapat berkenaan perkara ini.

Sila bincangkan perkara ini di sini.

[Nyatakan nama beserta no rumah/jalan di setiap posting anda. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan]
Selanjutnya..

Monday, September 8, 2008

Cadangan Rumah Terbuka Aidilfitri 2008

Pihak AJK Persatuan Penduduk bercadang untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri 2008 khusus untuk Phasa 7 seperti tarikh dan tempat di bawah:

TARIKH : 2hb NOVEMBER 2008 (AHAD)
TEMPAT : PADANG PERMAINAN BERSEBELAHAN TAPAK SURAU

Antara yang dijangka akan hadir adalah wakil daripada pihak Bangi Height, JAIS, MAIS, Polis...

Sebarang maklumat berkenaan dengan aturcara, menu serta kutipan sumbangan akan dimaklumkan kemudian. Sebahagiannya akan dibiayai oleh pihak Bangi Height. Insya-Allah.

Terbaru :
Tarikh rumah terbuka telah ditetapkan seperti tarikh di atas. Harap maklum!
Selanjutnya..

Thursday, August 28, 2008

Kutipan untuk pengawal keselamatan

Mengambil kira cuti yang panjang pada musim perayaan Hari Raya nanti serta kes pecah masuk terbaru yang melibatkan salah seorang penghuni di Jalan Seri Putra 2/4C,

maka pihak AJK Persatuan bercadang untuk mengambil pengawal keselamatan / security guard untuk kawalan selama satu minggu dan 24 jam sehari.

Anggaran kutipan yang perlu bagi setiap rumah adalah RM30.00 dan ini adalah berdasarkan kepada jumlah 200 buah rumah di Punchak Nusa dan Putra mengambil bahagian dalam kutipan tersebut.

Terima kasih.
Selanjutnya..

Wednesday, August 13, 2008

Surat MPKj - Pagar Belakang

Surat daripada pihak MPKj ini menjelaskan segalanya.

<Sila klik untuk pembesaran>
Selanjutnya..

Tuesday, August 12, 2008

Mohon Sumbangan Untuk Sewaan Surau Sementara

Adalah dimaklumkan bahawa AJK Penaja Surau Phasa 7, gabungan di antara D'Punchak Nusa, Putra, Unggul, Aman dan Princeton Residences, telah sepakat untuk menyewa salah sebuah lot rumah no. 218 Jalan 2/4C untuk dijadikan sebagai surau sementara. Kos sewaan adalah RM400 sebulan.

Adalah dijangkakan bulan September 2008 ini rumah tersebut dapat dijadikan surau sementara.

Oleh itu, AJK Penaja Surau Phasa 7 juga telah sepakat untuk mengutip sedikit sumbangan, iaitu RM20 (Ringgit : Dua Puluh Sahaja) sebulan atau lebih (dialu-alukan) daripada semua penghuni bagi tujuan murni ini untuk:

i) aktiviti surau,
ii) kos sewa & peralatan surau sementara
iii) utk kos-kos berkaitan surau baru

Sumbangan dan pertanyaan boleh disampaikan kepada:

a. Hj. Shukri (Bendahari Surau) - D'Punchak Putra - 019 9247133
b. Hj. Manan - D'Punchak Unggul - 012 2529721
Selanjutnya..

Monday, August 4, 2008

Majlis Gotong Royong Tapak Surau

Adalah dimaklumkan bahawa satu majlis gotong royong di tapak surau Phase 7 akan diadakan pada masa dan tarikh yang dinyatakan di bawah yang mana akan dirasmikan oleh GM UMLand sendiri.


Hari : AHAD 10 OGOS 2008
Masa : 7.00 Pagi ~ 11.30 Pagi
Tempat : Tapak Surau (Bersebelahan Jalan 2/4, D'Punchak Putra)



Di harap semua warga NusaPutra dapat meluangkan masa untuk turun beramai-ramai bagi menjayakan gotong royong tersebut untuk kebaikan kita bersama.

JAMUAN AKAN DISEDIAKAN!
Selanjutnya..

Tuesday, March 11, 2008

Di mana D'Punchak NusaPutra?

Selanjutnya..

AJK Persatuan Penduduk

Pada hari Ahad 17hb. Februari 2008 telah diadakan satu majlis atau mesyuarat di rumah No. 29 Jalan 2/4D bagi tujuan penubuhan Persatuan Penduduk yang merangkumi kawasan D'Punchak Nusa dan D'Punchak Putra atas inisiatif AJK Penaja Persatuan Penduduk.

Seramai hampir 80 orang daripada kedua-dua kawasan tersebut hadir bagi pemilihan AJK Persatuan Penduduk.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, satu AJK telah dilantik yang mana ahli-ahlinya diwakili oleh kedua-dua kawasan itu.

Sila muat turun senarai lengkap AJK Persatuan Penduduk NusaPutra bagi sesi 2008 untuk tatapan dan simpanan semua warga penduduk.
Selanjutnya..